Felipe_Calderon
Felipe_Calderon

Felipe_Calderon

Felipe Calderón (lahir 18 Ogos 1962) merupakan Presiden Mexico sejak 1 Disember 2006, dan telah dipilih untuk tempoh enam tahun sehingga 2012. Beliau dari Parti Tindakan Nasional (PAN), salah satu daripada tiga parti politik utama Mexico.Kemenangan tipis Calderón dalam pilihan raya 2006 mencetuskan perbalahan dan kontroversi. Lawan terdekat, Andrés Manuel López Obrador memanggil beliau "rintangan awam Pasifik". Kemenangan Calderon telah disahkan pada 5 September 2006 oleh Tribunal Pilihan Raya Persekutuan tanpa melakukan pengiraan semula . Sebelum jawatan presiden, Calderón pernah menjawat Presiden Parti Tindakan Nasional, Timbalan Persekutuan , dan Setiausaha Tenaga dalam kabinet Presiden Vicente Fox.