Feng_shui
Feng_shui

Feng_shui

Feng shui (juga dieja - Mal.:fengsyui[1], Ind.: fengsui.[2]) (Cina Tradisional: 風水, Cina Ringkas: 风水, pinyin: fēng shuǐ; IPA: [ˈfəŋˌʃueɪ] <fung-syuéi>) ialah sistem estetika Cina kuno yang dipercayai menggunakan Hukum-hukum samawi (astronomi) dan bumi (geografi) untuk membantu para penghuni sesebuah lokasi atau kediaman memperbaiki hidup secara menerima aliran qi positif.[3] Sebarang tapak yang dianggap penuh tuah ditentukan (begantung kepada jenis ilmu yang diamalkan) melalui rujukan kpeada ciri persekitaran setempat seperti jasad air (sungai, tasik dan sebagainya) mahupun arah ditunjuk bintang ataupun kompas.Nama asal ilmu ini ialah Kan Yu (Cina Tradisional: 堪輿, Cina Ringkas: 堪舆, pinyin: kānyú; harf. "Cara langit dan bumi")[4]. Perkataan 'feng shui' yang lebih diketahui umum secara harfiahnya diterjemah bermaksud "angin-air"; istilah ini dipetik dari satu rangkap dalam buku Zangshu (bahasa Cinaa.t , a.r , p Zàngshū) yang dikarang oleh Guo Pu ketika zaman Dinasti Jin:[5]「氣乘風則散,界水則止」- qì chéngfēng zé sǎn, jiè shuǐ zé zhǐ[Qi (udara) menaiki angin lalu menyerak, tetapi disimpan apabila ditemukan air.][5]Ramai pengikut moden mengakui bahawa feng shui ialah amalan menyusun benda (seperti perabot) untuk membantu kita mencapai matlamat. Jika diikutkan secara lebih tradisi, feng shui adalah penting dalam pemilihan tempat tinggal, tempat persemadian dan perancangan pertanian.