Feri
Feri

Feri

Feri ialah sebuah bot atau kapal membawa penumpang, dan kemungkinannya kenderaan mereka, pada laluan yang berkala jarak dekat.Feri memainkan peranan penting dalam sistem pengangkutan awam bagi kebanyakan bandar persisiran pantai, membenarkan transit langsung antara destinasi dengan kos lebih kecil berbanding jambatan ataupun terowong.Feri pejalan kaki dengan banyak hentian, seperti di Venice, kadang kala dikenali sebagai bas air atau teksi air.Di Malaysia, dua pengkalan feri yang terletak di Pulau Pinang dan Butterworth telah dibuka dengan rasminya oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 23 Sep 1959. Pengkalan ini telah diberi nama Pengkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth.