Jenis Feromon

Feromon agregate ("Aggregation pheromones")

Feromon agregate berfungsi sebagai pertahanan terhadap pemangsa, pemilihan pasangan, dan menumpaskan ketahanan hos melalui serangan secara pukal. Sekumpulan individu di satu lokasi dirujuk sebagai perhimpunan, samaada terdiri daripada satu jantina atau kedua-duanya. Jantan menghasilkan penarik seks yang dikenali sebagai feromon agregate, kerana ia biasanya menyebabkan ketibaan kedua seks pada tapat panggilan dan meningkatkan ketumpatan khusus mengelilingi sumber feromon. Kebanyakan feromon seks dihasilkan oleh betina dan peratusan kecil penarik seks dihasilkan oleh jantan.[3] Feromon agregate telah dijumpai pada ahli Coleoptera, Hemiptera, Dictyoptera dan Orthoptera. Pada abad kebelakangan ini, kepentingan menggunakan feromon agregation dalam pengurusan serangga perosak boll weevil (Anthonomus grandis), perosak hasilan simpanan (Sitophilus zeamais ), Sitophilus granarius, Sitophilus oryzae dan perosak kacang pea dan kekacang (Sitona lineatus) telah terbukti. Feromon agregate adalah antara kaedah penghapusan perosak khusus yang paling mesra alam. Ia tidak toksik dan ia berkesan pada kepekatan amat rendah.[4]

Feromon kecermasan

Sesetengah spesies membebaskan bahan mudah meruap apabila diserang pemangsa yang mampu mencetus lari (bagi aphid) atau garang (bagi semut, lebah, anai-anai)[5] bagi ahli dalam spesies yang sama. Feromon turut wujud pada tumbuhan: sesetengah tumbuhan mengeluarkan feromon apabila diragut, menghasilkan pengeluaran tanin pada tumbuhan berjiran. Tanin ini menjadikan tumbuhan ini kurang menyelerakan bagi haiwan maun.[6]

Feromon Epideiktik

Feromon Epideiktik adalah berbeza dengan feromon jajahan, apabila berkait dengan serangga. Fabre memerhati dan mengambil nota mengenai bagaimana "serangga betina yang bertelur dalam buah ini meletakkan bahan misteri pada persekitaran telor mereka sebagai isyarat kepada serangga betina lain yang sama spesies agar mereka bertelur di tempat lain."

Perhimpunan serangga nymph

Feromon pembebas ("Releaser pheromones")

Feromon pembebas awalan molekul penarik berkuasa yang digunakan oleh sesetenhag organisma bagi menarik pasangan dari jarak lebih dari dua batu. Feromon jenis ini biasanya menghasilkan tindak balas pantas tetapi terurai dengan pantas. sebaliknya, feromon utama mempunyai permulaan yang lebih lambat dan tahan lebih lama. Contoh. Ibu arnab membebaskan feromon mammary yang mencetus tabiat menyusu oleh anak-anak mereka.[7]

Feromon Isyarat

Feromon Isyarat menyebabkan pertukaran jangka pendek; seperti, pembebasan pemancar neuro yang mengaktifkan tindakbalas. Sebagai contoh, Fungsi molekul GnRH sebagai pemancar neuro pada tikus bagi menonjolkan (lordosis), yang merupakan kesan kelakuan.[8]

Feromon Primer

Feromon Primer mencetus perubahan tumbesaran ("developmental events") (dalam mana ia berbeza dari semua feromon lain, yang mencetus perubahan dalam kelakuan).

Feromon jajahan

Diletakkan dipersekitaran, feromon jajahan menandakan sempadan jajahan sesuatu organisma. Bagi anjing, hormon ini wujud dalam air kencing, yang diletakkan di batu tanda yang bertindak sebagai tanda sempadan jajahan yang dituntut mereka.

Feromon denai

Feromon denai adalah biasa bagi serangga bermasyarakat. Sebagai contoh, semut menandakan laluan mereka menggunakan feromon ini, yang merupakan hidrokarbon mudah meruap.

Sesetengah semut meletakkan laluan feromon permulaan ketika mereka pulang kesarang dengan makanan. Laluan ini menarik perhatian semut lain dan bertindak sebagai panduan.[9] Selagi sumber makanan ada, denai feromon akan sentiasa diperbaharui. Feromon ini perlu diperbaharui secara berterusan kerana ia meruap dengan pantas. Apabila bekalan mula berkurangan, semut berhenti membuat tanda denai. Dalam sekurang-kurangnya satu spesies semut, laluan yang tidak lagi mengarah kepada makanan juga ditanda dengan feromon menyingkir.[10]

Feromon maklumat

Feromon maklumat adalah petunjuk kepada identiti haiwan atau jajahan. Sebagai contoh, anjing dan kucing meletakkan bahan kimia dalam dan disekitar kawasan mereka, yang kemudiannya bertindak sebagai petunjuk kepada ahli spesies lain mengenai kehadiran tuan punya pada kawasan tersebut.[11]

Feromon seks

Bagi haiwan, feromon seks menunjukkan kesediaan haiwan betina untuk mengawan. Haiwan jantan juga mungkin merembaskan foromon yang menunjukkan maklumat mengenai spesiesnya dan genotaip. Kebanyakan spesies serangga membebaskan feromon seks bagi menarik pasangan, dan banyak lepidoptera (kupu-kupu dan rama-rama) mampu mengesan peluang pasangan sejauh sehingga 10 kilometer (6.25 batu). Perangkap yang mengandungi feromon digunakan oleh peladang bagi mengesan dan menjejak populasi serangga di ladang. Pada tahap mikroskopik, feromon gamet mungkin memberikan jejak kearah games seks berlawanan kearahnya bagi melaksanakan persenyawaan. Fonemon turut digunakan bagi mengesan oestrus bagi babi. Feromon babi jantan disembur pada babi betina, dan babi betina tersebut menunjukkan terangsang seks diketahui sedia untuk pembiakan. Landak laut membebaskan feromon pada air sekitarnya, menghantar perutusan kimia yang mencetus landak laut lain dalam koloni bagi membebaskan sel seks secara serentak.

Feromon lain

Pengelasan ini, berdasarkan kesan pada kelakuan, kekal buatan. Feromon memenuhi banyak fungsi tambahan.

  • Feromon Nasonov (lebah pekerja)
  • Feromon Raja (lebah)
  • Feromon Penenang ("appeasement") (mamalia)

Rujukan

WikiPedia: Feromon http://evolution.anthro.univie.ac.at/institutes/ur... http://www.boston.com/yourlife/relationships/artic... http://www.cbsnews.com/stories/2005/05/09/tech/mai... http://animal.discovery.com/news/afp/20051128/ants... http://books.google.com/books?id=75NgwLzueikC&prin... http://transactionpub.metapress.com/openurl.asp?ge... http://www.nytimes.com/2005/05/09/science/09cnd-sm... http://www.ondwelle.com/OSM03.pdf http://www.pherobase.com/ http://pubget.com/profile/author/Wen%20Zhou%7CZhou...