Festival Filem Malaysia ke-30

Festival Filem Malaysia ke-30 disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk filem-filem terbaik tahun 2017/2018. Ia berlangsung pada 30 Mac 2019 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Adibah Noor.[1] Sebanyak 42 filem telah dipilih untuk bertanding di festival ini[2] dan tema bagi acara ini ialah Inspirasi Sinemaku.[3][4]Filem Crossroads: One Two Jaga arahan Namron telah memenangi 6 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik,[5] manakala Dukun telah memenangi 4 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima, termasuk Pelakon Wanita Terbaik. PASKAL dan Munafik 2 masing-masing menerima tiga pencalonan. FFM30 diadakan seminggu sebelum Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung pada 7 April 2019.

Festival Filem Malaysia ke-30

Tempat Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Penerbit Nelhanan Mansor
Penghargaan terbanyak One, Two, Jaga (6)
Pengarah Terbaik Namron
Filem Terbaik One, Two, Jaga
Tempoh masa 3 jam
Tarikh 30 Mac 2019
Pencalonan terbanyak One, Two, Jaga (9)
Dukun (9)
Pengacara Nabil Ahmad
Adibah Noor
Rangkaian Astro Ria
Pelakon Wanita Terbaik Umie Aida
Pengarah Muhd Dzakirin Rozyzan
Penyampai pra-acara
  • Nadia Nash
  • Radin
  • Isha Norsham
  • Daniel O' Neil
Pelakon Lelaki Terbaik Rosdeen Suboh

Rujukan

WikiPedia: Festival Filem Malaysia ke-30 http://www.astroawani.com/berita-hiburan/corat-cor... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ffm30-gem... http://bernama.com/bm/news.php?id=1704198 http://www.kosmo.com.my/terkini/ffm30-ditunda-ke-d... http://www.utusan.com.my/hiburan/ffm-30-bakal-dime... http://www.finas.gov.my/ms/festivalfilemmalaysia https://www.budiey.com/senarai-penuh-pemenang-fest... https://www.malaysiakini.com/hiburan/470194 https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/... https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/0...