Festival Filem Malaysia
Festival Filem Malaysia

Festival Filem Malaysia

Festival Filem Malaysia (secara rasmi disingkat sebagai FFM) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia. Festival filem ini diadakan bagi menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun. Acara ini juga membantu penggiat filem untuk berusaha dan menambahbaikan mutu kerja mereka. Festival ini menggalakkan penggiat filem untuk menghasilkan sesebuah filem yang baik dan bermutu selain memaparkan ciri-ciri budaya Malaysia.[1]Majlis anugerah ini berlangsung di Malaysia, dan mendapat liputan hanya di Malaysia. Pada Festival Filem Malaysia ke-24, majlis ini turut disiarkan di Singapura. Majlis penganugerahan ini merupakan majlis tertua dan ianya merupakan satu acara nasional dalam penganugerahan filem di negara Malaysia. Ianya setanding dengan Anugerah Skrin, yang dianjurkan oleh TV3.[2]Festival ini turut menghargai penggiat filem terdahulu sebagai mengenang jasa mereka yang telah lama bekerja dalam industri ini. Permulaan festival ini pada 13 April 1980 sehingga sekarang, festival ini telah menghargai ramai karyawan filem tanah air. Festival Filem Malaysia ke-29 telah diadakan di Dewan Merdeka, PWTC pada 23 September 2017.

Festival Filem Malaysia

Disampaikan oleh FINAS
GAFIM
Penghargaan Prestasi dalam industri perfileman
Anugerah pertama 13 April 1980
Negara  Malaysia