Pencalonan Festival_Filem_Malaysia

Pencalonan dilakukan berdasarkan borang penyertaan yang diserahkan kepada penganjur mengikut tarikh yang ditetapkan. Filem tersebut mestilah filem yang bakal ditayangkan tidak melebihi dua minggu selepas tarikh acara berlangsung. Pengumuman calon dibuat beberapa minggu sebelum majlis penganugerahan. Berbeza dari negara luar, festival seperti ini sering melakukan kejutan, seperti FFM 23 dan FFM 24 dimana kategori utama (Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik) hanya diumumkan calon-calonya pada waktu majlis berlangsung.