Kontroversi Festival_Filem_Malaysia_ke-30

Beberapa jam sebelum FFM30 berlangsung, pelakon Sharifah Amani, yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik FFM19 dikatakan enggan hadir ke FFM30. Dalam kenyataannya di laman Twitter, keputusan itu diambilnya kerana tidak sanggup berpura-pura sedangkan ramai dalam kalangan penggiat seni masih bergelut mencari nafkah hidup: "Saya tidak dapat meyakinkan diri untuk berpura-pura untuk kelihatan cantik dan meraikan apabila kebanyakan penggiat seni dalam industri kita tidak dapat membayar bil, memberi makan kepada keluarga atau memenuhi keperluan mereka,".[13][14]

Pelakon Nur Fazura menafikan dakwaan penampilan beliau dan suami, Fattah Amin sebagai penyampai trofi di FFM30, ialah atas permintaan peribadi, selain menjadi syarat yang perlu dipenuhi penganjur. Mereka berdua tampil sebagai trofi bagi kategori Anugerah Khas Juri dan masing-masing mendapat undangan rasmi sebagai penyampai trofi.[15]