Festival_Filem_Venice

Perayaan Filem Antarabangsa Venezia[nota bahasa 1] (Bahasa Itali: Mostra Internazionale d'Arte Cinematografica della Biennale di Venezia, "Pameran Seni Sinematografi Antarabangsa Dwitahunan Venezia"), didirikan pada tahun 1932, adalah festival filem yang tertua di dunia, dan salah satu festival filem "Tiga Besar"  bersama Festival Filem Cannes dan Festival Filem Antarabangsa Berlin.[1][2]Acara ini merupakan sebahagian dari temasya Biennale Venezia yang telah diasaskan oleh Majlis Kota Venezia pada tahun 1895. Temasya tersebut kini merangkumi pelbagai acara yang berasingan termasuk: Pameran Seni Antarabangsa; Festival Muzik Kontemporari Antarabangsa; Festival Teater Antarabangsa; Pameran Seni Bina Antarabangsa; Festival Tarian Kontemporari Antarabangsa; Karnival Kanak-Kanak Antarabangsa; dan Festival Filem Venice berlangsung setiap tahun, iaitu acara yang yang boleh dikatakan paling terkenal antara semua acara ini.Festival filem ini berlangsung pada akhir bulan Ogos atau awal September di pulau Lido, Venezia, Itali. Acara tayangan utama filem yang menjadi tumpuan tarikan diadakan di bangunan Palazzo del Cinema yang bersejarah di Lungomare Marconi serta di tempat-tempat lain yang berdekatan. Sejak awal penubuhannya, Festival Filem Venice telah berkembang menjadi salah satu festival filem yang paling berprestij di dunia.