Festival_Muzik_Hutan_Hujan_Sedunia_2009

Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia 2009 merupakan acara tahunan yang diadakan pada 10-12 Julai 2009 di Kampung Budaya Sarawak, Santubung kira 45 km dari Kuching, Sarawak. Acara ini dimasukkan dalam kalendar pelancongan Malaysia. Festival ini dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak . Festival ini dimulakan pada 2008 dan menjana pendapatan RM23 juta.Sebanyak 17 kumpulan muzik etnik bertaraf antarabangsa turut serta. Antaranya dari benua Eropah, Afrika, Amerika Selatan dan negara-negara Asia. Masing-masing mempamerkan keunikan dan kelainan muzik etnik tersendiri.22,000 pelawat dijangka hadir. Bayaran dikenakan RM90 untuk menyaksikan persembahan.Tiket dijual di Pusat Maklumat Pelancongan di Kuching, Sibu dan Miri dan di Boulevard, Kompleks Mid Valley, Kuala Lumpur dan di pintu masuk. Tempat duduk memuatkan 800 penonton dalam satu-satu masa. Peminat boleh juga boleh membeli melalui laman web www.TicketCharge.com.my.[1]