Fidel Alejandro Castro Ruz (Sebutan Sepanyol:
[fiˈðel ˈkastro] (
audio);
13 Ogos 1926 -
Havana November 25,
2016) ialah ketua
Cuba sejak
1959 sewaktu beliau menggulingkan rejim
Fulgencio Batista melalui
Gerakan 26 Julai. Sebagai pemimpin utama
Revolusi Cuba, Castro menjadi
Perdana Menteri Cuba dari Februari 1959 hingga Disember 1976, dan kemudian
Presiden Cuba. Pada tahun-tahun yang berikutnya, Castro mengubah Cuba menjadi negara komunis pertama di
Hemisfera Barat. Castro mengumumkan persaraan beliau sebagai Presiden Cuba pada
18 Februari 2008.
[1][2][3] Castro juga merupakan Setiausaha Pertama
Parti Komunis Cuba dari pengasasannya pada 1961 hingga April 2011. Dalam kedua-dua jawatan, beliau digantikan oleh adiknya
Raúl Castro, yang pernah menjadi Menteri Pertahanan di bawahnya antara 1959 dan 2008.
[4]Castro mula-mula menarik perhatian dalam arena politik Cuba melalui
aktivisme pelajarnya.
Nasionalismenya yang bersifat terus terang, dan kritiknya yang radikal terhadap Batista dan pengaruh korporat dan politik
Amerika Syarikat membawanya pengikut serta kritikan dan perhatian daripada pihak berkuasa. Kemudian, kepimpinan serangan Tangsi Moncada pada 1953, buangan yang berikutnya serta serangan gerila ke atas Cuba pada Disember
1956 mengeratkan kemasyhurannya di seluruh dunia. Sejak Castro naik ke takhta kerajaan pada 1959, beliau telah memeliharakan profil yang tinggi serta menimbulkan perbalahan. Castro merupakan seorang pemimpin yang amat berkontroversi dan telah dipandang oleh sebahagian orang sebagai
diktator, tetapi ada juga yang memandangnya sebagai pemimpin yang sah dan popular.Dari segi antarabangsa, selepas kegagalan
Serangan Teluk Babi oleh
Amerika Syarikat ke atas Cuba pada
1961, kepimpinannya telah ditandai dengan:Dalam negeri, Castro menyelia perlaksanaan
reformasi tanah, mengikuti dengan
pengkolektifan pertanian,
pemiliknegaraan industri-industri Cuba yang utama, dan penyediaan kemudahan kesihatan dan pendidikan yang percuma.