Fidel_Castro
Fidel_Castro

Fidel_Castro

Fidel Alejandro Castro Ruz (Sebutan Sepanyol: [fiˈðel ˈkastro] ( audio); 13 Ogos 1926 - Havana November 25, 2016) ialah ketua Cuba sejak 1959 sewaktu beliau menggulingkan rejim Fulgencio Batista melalui Gerakan 26 Julai. Sebagai pemimpin utama Revolusi Cuba, Castro menjadi Perdana Menteri Cuba dari Februari 1959 hingga Disember 1976, dan kemudian Presiden Cuba. Pada tahun-tahun yang berikutnya, Castro mengubah Cuba menjadi negara komunis pertama di Hemisfera Barat. Castro mengumumkan persaraan beliau sebagai Presiden Cuba pada 18 Februari 2008.[1][2][3] Castro juga merupakan Setiausaha Pertama Parti Komunis Cuba dari pengasasannya pada 1961 hingga April 2011. Dalam kedua-dua jawatan, beliau digantikan oleh adiknya Raúl Castro, yang pernah menjadi Menteri Pertahanan di bawahnya antara 1959 dan 2008.[4]Castro mula-mula menarik perhatian dalam arena politik Cuba melalui aktivisme pelajarnya. Nasionalismenya yang bersifat terus terang, dan kritiknya yang radikal terhadap Batista dan pengaruh korporat dan politik Amerika Syarikat membawanya pengikut serta kritikan dan perhatian daripada pihak berkuasa. Kemudian, kepimpinan serangan Tangsi Moncada pada 1953, buangan yang berikutnya serta serangan gerila ke atas Cuba pada Disember 1956 mengeratkan kemasyhurannya di seluruh dunia. Sejak Castro naik ke takhta kerajaan pada 1959, beliau telah memeliharakan profil yang tinggi serta menimbulkan perbalahan. Castro merupakan seorang pemimpin yang amat berkontroversi dan telah dipandang oleh sebahagian orang sebagai diktator, tetapi ada juga yang memandangnya sebagai pemimpin yang sah dan popular.Dari segi antarabangsa, selepas kegagalan Serangan Teluk Babi oleh Amerika Syarikat ke atas Cuba pada 1961, kepimpinannya telah ditandai dengan:Dalam negeri, Castro menyelia perlaksanaan reformasi tanah, mengikuti dengan pengkolektifan pertanian, pemiliknegaraan industri-industri Cuba yang utama, dan penyediaan kemudahan kesihatan dan pendidikan yang percuma.

Fidel_Castro

Lahir (1926-08-13) 13 Ogos 1926 (umur 93)
Birán, Cuba
Timbalan Raúl Castro
Didahului oleh Junius Richard Jayawardene
Tandatangan
Alma mater Universiti Havana
Pasangan Mirta Diaz-Balart (1948–1955)
Dalia Soto del Valle (1980–kini)
Digantikan oleh Neelam Sanjiva Reddy
Parti politik Parti Komunis Cuba
Profesion Peguam
Anak-anak Fidel Ángel Castro Diaz-Balart
Alina Fernandez-Revuelta
Alexis Castro-Soto
Alejandro Castro-Soto
Antonio Castro-Soto
Angel Castro-Soto
Alex Castro-Soto
Jorge Angel Castro
Francisca Pupo
Meninggal dunia November 25, 2016(2016-11-25) (umur 90)
Havana, Cuba
Presiden Manuel Urrutia Lleó
Osvaldo Dorticós Torrado

Rujukan

WikiPedia: Fidel_Castro http://www.uspolicy.be/Article.asp?ID=36F6A377-3A0... http://www.afp.com/english/news/stories/newsmlmmd.... http://www.freeinfosociety.com/site.php?postnum=48 http://www.frontpagemag.com/Articles/Printable.asp... http://www.msnbc.msn.com/id/23229795/ http://newsmax.com/hottopics/Castro!Cuba.shtml/ http://www.olivefilms.com/fiunstd.html http://www.parascope.com/mx/articles/castroreport.... http://uk.reuters.com/article/2011/04/19/uk-cuba-c... http://www.tenworlds.com/DECLASSIFIED/cst.html