Fil_Marsyal_(United_Kingdom)

Fil Marsyal telah menjadi pangkat tertinggi dalam Tentera Darat British semenjak tahun 1736. Sejenis pangkat lima bintang dengan kod OF-10 NATO, ia setaraf dengan Laksamana Armada dalam Royal Navy atau Marsyal Tentera Udara Diraja dalam Tentera Udara Diraja (RAF). Insignia Fil Marsyal mengandungi dua baton bersilang di dalam kalungan bunga berserta Mahkota St Edward diatasnya. Seperti Marsyal RAF dan Laksamana Armada, Fil Marsyal secara tradisinya kekal sebagai pegawai seumur hidup, walaupun di bayar separuh gaji apabila tiada lantikan.[1][2] Pangkat ini telah digunakan sekali sekala disepanjang sejarahnya dan kosong semasa abad ke-18 dan ke-19 (apabila semua mantan fil marsyal meninggal dunia). Selepas Perang Dunia II, ia menjadi amalan standard untuk melantik Ketua Turus Am Imperial (kemudian dinamakan semula Ketua Turus Am) ke pangkat Fil Marsyal pada hari terakhir memegang jawatan itu. Para pegawai tentera yang menyandang jawatan Ketua Turus Pertahanan, iaitu ketua profesional seluruh Angkatan Tentera British, biasanya akan dinaikkan pangkat Fil Marsyal di atas pelantikan mereka.[3]Secara keseluruhan, 141 orang telah memegang pangkat field marshal. Majoriti darinya membawa kerjaya dalam Tentera Darat British atau Tentera Darat India British, naik melalui susur galur pangkat hingga akhirnya menjadi seorang field marshal. Beberapa orang ahli kerabat diraja British—yang terbaru Putera Edward, Duke Kent, dan Charles, Putera Wales—telah dinaikkan ke pangkat itu selepas tempoh singkat perkhidmatan tentera. Tiga raja British—George V, Edward VIII, dan George VI— memegang pangkat itu selepas menaiki takhta, manakala Edward VII sudah menjadi field marshal, dan dua suami ratu British—Albert, Putera Suami dan Putera Philip, Duke Edinburgh—dilantik oleh ratu masing-masing. Pelantikan istiadat lain telah dibuat sebagai langkah diplomatik. Dua belas raja-raja asing menjawat pangkat kehormat itu, namun tiga raja (Wilhelm II, Maharaja Jerman; Franz Joseph I, Maharaja Austria; dan Hirohito, Maharaja Jepun) telah dilucutkan pangkatnya apabila negara mereka menjadi musuh Britain dan sekutunya di dalam dua perang dunia. Juga dikurniakan pangkat itu ialah seorang bangsa Perancis (Ferdinand Foch) dan seorang bangsa Australia (Sir Thomas Blamey), bagi menghormati sumbangan mereka dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II, dan seorang negarawan asing (Jan Smuts).[3]Satu laporan yang ditugaskan oleh Kementerian Pertahanan pada tahun 1995 membuat beberapa cadangan untuk penjimatan kewangan dalam belanjawan angkatan tentera, salah satu darinya ialah pemansuhan pangkat lima bintang. Sebahagian rasionalnya ialah pangkat ini tidak seimbang dengan saiz angkatan tentera yang diperintah oleh pegawai ini dan tidak ada sekutu rapat United Kingdom, seperti Amerika Syarikat (yang menyimpan pangkat Jeneral Tentera Darat untuk pegawai yang memerintah angkatan tentera yang besar dalam perang utama), menggunakan pangkat tersebut. Cadangan ini tidak diambil sepenuhnya, tetapi amalan menaikkan pangkat panglima-panglima perkhidmatan ke pangkat lima bintang telah dihentikan dan pangkat ini sekarang dikhaskan untuk keadaan istimewa. Sir Peter Inge merupakan, pada tahun 1994, pegawai aktif terakhir dinaikkan ke pangkat itu (Fil Marsyal Kehormat). Inge melepaskan jawatan Ketua Turus Pertahanan (CDS) pada 1997 dan penggantinya, Sir Charles Guthrie, merupakan pegawai pertama yang tidak dinaikkan pangkat itu selepas dilantik sebagai CDS.[3]Kenaikkan pangkat terbaru ke field marshal muncul pada tahun 2012, 18 tahun selepas penangguhan sementara kenaikkan rutin pangkat itu, apabila Ratu Elizabeth II melantik Putera Charles, anak dan pewaris takhtanya, ke pangkat lima bintang di ketiga-tiga perkhidmatan, sebagai mengiktiraf sokongan yang diberikan padanya dalam kapasiti baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera British.[4] Pada masa yang sama, Guthrie, yang melepaskan jawatan CDS dan bersara dari tugas aktif pada tahun 2001, telah dinaikkan pangkat ke field marshal kehormat.[5] Pada Jun 2014 mantan CDS Lord Walker dari Aldringham juga telah dilantik ke field marshal kehormat.[6]Walaupun pangkat field marshal tidak digunakan dalam kor Marin Diraja, lambang itu digunakan pada pakaian seragam Kapten Jeneral, iaitu ketua istiadat kor tersebut (setaraf Kolonel Yang DiPertua).[7]

Rujukan

WikiPedia: Fil_Marsyal_(United_Kingdom) http://www.credoreference.com/entry/brewerphrase/f... http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/south_asia/136617... http://www.timesonline.co.uk/tol/comment/obituarie... http://www.princeofwales.gov.uk/mediacentre/pressr... https://media.gettyimages.com/photos/prince-philip... https://www.theguardian.com/news/2001/dec/12/guard... https://web.archive.org/web/20120629032823/http://... https://www.bbc.co.uk/news/uk-18468118 https://www.independent.co.uk/news/obituaries/fiel... https://www.telegraph.co.uk/news/obituaries/147559...