Filem_cereka

Filem cereka (juga dikenali sebagai filem fiksyen atau wayang cereka) merupakan sejenis filem yang menceritakan tentang kisah, peristiwa dan cerita cereka atau yang difiksyenkan. Dalam filem jenis ini, naratif dan watak dipercayai dapat membantu meyakinkan penonton bahawa kisah tersebut kelihatan benar. Pergerakan kamera dan pencahayaan serta unsur-unsur sinematik lain telah menjadi semakin penting dalam filem-filem ini.