Filipina [fi-li-pi-na] (
Bahasa Filipino: Pilipinas atau Filipinas,
Bahasa Inggeris: the Philippines) atau nama rasminya
Republik Filipina (
Bahasa Filipino: Republika ng Pilipinas;
Bahasa Inggeris: Republic of the Philippines) merupakan sebuah
negara kepulauan unitari berdaulat di
Asia Tenggara. Terletak di Lautan Pasifik barat, ia terdiri daripada kira-kira 7,641 buah pulau
[1] yang terbahagi kepada tiga rantau iaitu (dari utara ke selatan)
Luzon,
Visayas, dan
Mindanao. Ibu negara Filipina ialah
Manila sementara bandar yang paling ramai penduduk ialah
Bandar Quezon, kedua-duanya tergolong dalam wilayah
Metro Manila.
[2] Dikelilingi oleh
Laut China Selatan di barat,
Laut Filipina di timur dan
Laut Sulawesi di barat daya, negara Filipina berkongsi sempadan maritim dengan
Taiwan di utara,
Vietnam di barat,
Palau di timur, dan
Malaysia dan
Indonesia di selatan.Kedudukan Filipina di
lingkaran api Pasifik dan hampir dengan
khatulistiwa menyebabkan negara itu terdedah kepada gempa bumi dan ribu taufan, tetapi juga kaya dengan sumber alam dan antara kepelbagaian alam terbesar di dunia. Filipina mencatat keluasan tanah 343,448 kilometer persegi (132,606 bt2)
[3] dengan lebih 100 juta orang setakat tahun 2015.
[4] Setakat Januari 2018
[update], Filipina merupakan negara Asia kelapan paling ramai penduduk dan
negara ke-12 paling ramai penduduk di dunia. Kira-kira 10 juta lago orang Filipina tinggal di luar negara,
[5] menjadikan salah sebuah masyarakat
diaspora yang terbesar di dunia. Terdapat berbilang suku dan etnik di seluruh kepulauan. Kaum
Negrito adalah antara penduduk terawal pulau sejak zaman prasejarah lagi, diikuti oleh kedatangan
orang Austronesia secara bergilir-gilir.
[6] Berlakunya pertukaran bersama bangsa-bangsa Cina,
Melayu, India dan Islam. Kemudian, ditubuhkan pelbagai negeri yang bersaing sesama sendiri di bawah pemerintahan
Datu,
Raja,
Sultan mahupun
Lakan.Ketibaan penjelajah Portugis bernama
Ferdinand Magellan yang mengetuai armada bagi pihak Spanish, di
Homonhon,
Samar Timur pada 1521 menandakan bermulanya penjajahan Sepanyol. Pada 1543, penjelajah Sepanyol
Ruy López de Villalobos menamakan kepulauan ini
Las Islas Filipinas sempena Raja
Felipe II dari Sepanyol. Dengan tibanya
Miguel López de Legazpi dari Bandar Raya Mexico, pada 1565, ditubuhkannya penempatan Hispanik pertama di kepulauan.
[7] Filipina menganggotai
Empayar Sepanyol selama lebih daripada 300 tahun. Kesannya, agama
Katolik menjadi agama dominan. Pada zaman ini,
Manila menjadi hab barat bagi perdagangan trans-Pasifik yang menyambungkan
Asia dengan
Acapulco di
benua Amerika.
[8]Di akhir abad ke-19, berlakunya
Revolusi Filipina yang membuahkan
Republik Filipina Pertama yang pendek hayatnya, diikuti oleh
Perang Filipina-Amerika.
[9] Semenjak itu
Amerika Syarikat memegang kedaulatan ke atas kepulauan Filipina (kecuali apabila tempoh
pendudukan Jepun) hinggalah selepas
Perang Dunia Kedua, apabila Filipina diiktiraf sebagai bangsa yang merdeka. Semenjak itu, Filipina seringkali mengalami pergolakan dalam demokrasi, termasuklah pernah menggulingkan pemerintahan diktator secara
revolusi tanpa kekerasan.
[10]Filipina merupakan anggota pengasas
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), forum
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), dan
Sidang Kemuncak Asia Timur. Di Filipina juga letaknya ibu pejabat
Bank Pembangunan Asia (
Bahasa Inggeris: Asian Development Bank).
[11] Filipina dikira sebagai sebuah
pasaran memuncul dan
negara baru berindustri,
[12] yang mempunyai ekonomi yang beralih daripada asas pertanian kepada yang asas perkhidmatan dan perkilangan.
[13] Filipina merupakan salah satu daripada hanya dua buah negara majoriti
Kristian di Asia Tenggara selain daripada
Timor Leste.