Menu
Filipina BudayaKebanyakan masyarakat Filipina gemar menyanyi serta menari pada setiap kali pesta keramaian. Salah satu adalah Tarian buluh yang memerlukan pergerakan kaki yang pantas untuk menari.
Bahay Kubo merupakan rumah tradisional yang terkenal di Filipina. Ia diperbuat daripada gabungan daun pokok kelapa, nipah, dan buluh. Terdapat juga tanglung yang digubah berbentuk bintang yang disebut sebagai Parol, yang secara kebiasaannya digantung di hadapan rumah-rumah terutamanya ketika meraikan perayaan Hari Krismas atau hari-hari keagamaan besar yang lain, kebanyakan penduduk gemar menjadikan Parol sebagai salah satu hiasan di hadapan rumah mereka.
Alat muzik Organ buluh, adalah antara alatan tradisional di sana diperbuat dengan menggunakan hampir 1,000 batang buluh.
Untuk rencana lanjutan, lihat Makanan di Filipina
Halo halo merupakan salah satu pencuci mulut yang terkenal di Filipina terutamanya pada musim panas. Halo halo mengandungi isi nangka, isi kelapa, kacang goreng, keladi, kastard, santan kelapa, dan perahan limau bercampur ais bersama aiskrim di atasnya.
Lanzones merupakan sejenis buah-buahan. Rupanya agak kecil, manis serta berwarna coklat. Keistimewaan buah ini adalah ia dapat menghalau nyamuk yang berada di sekeliling kita.
Lechón
Hidangan masyhur lechón ialah babi panggang keseluruhan. Masakan ini berasal dari zaman penjajahan sepanyol dan kini menjadi satu hidangan paling masyur di Filipina. Hidangan ini mempunyai babi seluruh panggang dimasak di atas arang. Selain itu, ia adalah satu hidangan kebangsaan di Filipina dengan Cebu yang diakui mempunyai babi yang terbaik mutunya di dunia.[perlu rujukan]
Untuk rencana lanjutan, lihat Pakaian di Filipina
Setiap kali diadakan pesta keramaian, lelaki di sana akan memakai pakaian yang dinamakan Barong Tagalog (Baju Tagalog). Pakaian istimewa ini diperbuat daripada kain yang dihasilkan daripada pokok pisang dan pokok nenas. Manakala, kaum wanitanya pula memakai gaun yang dipanggil Maria Clara.
Menu
Filipina BudayaBerkaitan
Filipina Filipina Amerika Filipina di bawah Amerika Syarikat Filipina v. China Filipina di Sukan Asia 2014 Filipina di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 Filipina di Sukan Para Remaja Asia 2017 Filipina di Sukan Olimpik Musim Panas 2016 Filipina di Sukan Para Remaja Asia 2013 Filipina di Sukan OlimpikRujukan
WikiPedia: Filipina http://crocodilian.blogspot.com.au/2011/11/accurat... http://www.environment.gov.au/soe/2001/publication... http://www.abc.net.au/7.30/content/2012/s3402880.h... http://summit.sfu.ca/system/files/iritems1/6689/b1... http://news.abs-cbn.com/pinoy-migration/07/02/09/f... http://www6.appliedbiosystems.com/yfilerdatabase/ http://aroundtheworldinaday.com/philippines_thaila... http://asiapacificuniverse.com/pkm/tech.htm http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/HE10Ae... http://www.authorama.com/former-philippines-b-8.ht...