Ekonomi Filipina

Rencana utama: Ekonomi Filipina
Gambaran perkadaran eksport Filipina, 2012.

Filipina mempunyai ekonomi yang ke-34 terbesar di dunia dengan anggaran keluaran dalam negara kasar (nominal) 2017 sebanyak $348.593 bilion.[103] Antara eksport utama termasuk semikonduktor dan barangan elektronik, kelengkapan pengangkutan, pakaian, hasil tembaga, hasil petroleum, minyak kelapa, dan buah-buahan.[104] Rakan dagang utama termasuk Amerika Syarikat, Jepun, China, Singapura, Korea Selatan, Belanda, Hong Kong, Jerman, Taiwan, dan Thailand.[104] Unit mata wangnya ialah peso (₱ atau PHP).[105]

Orang Filipina menanam beras. 30% guna tenaga Filipina terdiri daripada penggiat sektor pertanian setakat 2014[update].[106]

Sebagai negara industri baru, ekonomi Filipina beralih daripada asas pertanian kepada lebih penekanan terhadap perkhidmatan dan perkilangan. Daripada jumlah tenaga kerja negara seramai 40.813 juta,[104] sektor pertanian mengambil 30% guna tenaga dan menyumbang kepada 14% KDNK, sektor perindustrian mengambil 14% guna tenaga dan menyumbang kepada 30% KDNK, sementara 47% pekerja yang terlibat dalam sektor perkhidmatan menyumbang kepada 56% KDNK.[107][108]

Kadar pengangguran setakat 14 Disember 2014 (2014-12-14)[update], berada pada 6.0%.[109][110] Rizab antarabangsa kasar setakat Oktober 2013 adalah $83.201 bilion.[111] Nisbah hutang kepada KDNK terus menurun kepada 38.1% setakat Mac 2014[112][113] daripada rekod tinggi 78% pada 2004.[114] Filipina merupakan negara pengimport bersih[108] tetapi juga negara pemiutang.[115]

Selepas Perang Dunia Kedua, Fiipina pernah sekali digelar negara kedua terkaya di Asia Timur, hanya mengekori Jepun.[33][116][117] Pada 1960-an, prestasi ekonomi mula diatasi negara lain. Ekonomi terbantut di bawah pemerintahan diktator Presiden Ferdinand Marcos yang menyebabkan salah urus ekonomi dan ketidaktentuan politik.[33][117] Maka negara mengalami pertumbuhan ekonomi lembap dan berkali-kali dilanda kegawatan. Pada 1990-an dengan adanya program liberalisasi ekonomi barulah ekonomi mula pulih.[33][117]

Negara teruk terjejas oleh Krisis Kewangan Asia 1997 yang menyaksikan kejatuhan nilai peso dan pasaran saham, tetapi tidak seteruk mana sesetengah negara jiran Asia. Ini terutamanya disebabkan sikap konservatif fiskal yang diambil kerajaan ekoran berpuluh tahun pemantauan dan penyeliaan fiskal oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), berbanding dengan perbelanjaan boros oleh negara-negara jiran untuk mempercepat pertumbuahn ekonomi.[118] Sejak itu adanya tanda-tanda kemajuan. Pada 2004, ekonomi mengalami pertumbuhan KDNK 6.4% dan pada 2007 pula 7.1%, antara pertumbuhan tercepat dalam tiga dekad.[119][120] Purata pertumbuhan tahunan KDNK per kapita bagi tempoh 1966–2007 masih berada pada 1.45% berbanding dengan purata 5.96% bagi keseluruhan rantau Asia Timur dan Pasifik. 45% penduduk Filipina masih meraih pendapatan harian sebanyak kurang daripada $2.[121][122][123]

Ekonomi amat bergantung pada kiriman wang dari warga Filipina yang merantau, melampaui pelaburan langsung asing sebagai punca mata wang asing. Kiriman wang memuncak pada 2010 dengan kadar 10.4% daripada KDNK negara, manakala pada 2012 adalah 8.6%. Jumlah kiriman masuk tukarang asing Filipina pada 2014 adalah US$28 bilion.[124][125] Pembangunan tidak sama rata di seluruh negara, di mana pertumbuhan ekonomi baharu amat tertumpu di Luzon, khususnya Metro Manila, jauh meninggalkan bahagian-bahagian lain,[126][127] sungguhpun kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mengagihkan pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan di bahagian-bahagian lain. Biarpun adanya kekangan, sektor perkhidmatan seperti pelancongan dan penyumberluaran proses niaga telah dikenal pasti sebagai antata sektor yang terbaik untuk pertumbuhan di seluruh negara.[108][128]

Filipina merupakan anggota Bank Dunia, IMF, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Bank Pembangunan Asia yang beribu pejabat di Mandaluyong, Pelan Colombo, G-77 dan G-24 antara lainnya.[104]

Pengangkutan

Sebahagian Lebuh raya Tarlac–Pangasinan–La Union.

Prasarana pengangkutan di Filipina agak kurang terbangun. Antara puncanya ialah rupa bumi yang bergunung-ganang dan pulau-pulau yang berselerak, bahkan juga kesan daripada begitu kurangnya pelaburan bagi pembangunan prasarana oleh kerajaan berturut-turut, jauh kurang daripada kebanyakan jirannya.[129][130] Di Filipina terdapat 216,387 kilometer (134,457 mi) jalan raya, tetapi hanya 61,093 kilometer (37,961 mi) daripadanya berturap.[131]

Bas, jeepney, teksi, dan beca bermotor sering terdapat di bandar-bandar besar. Pada 2007, terdapat sekitar 5.53 juta kenderaan bermotor berdaftar dengan pendaftaran meningkat pada kadar 4.55% setahun.[132]

Lembaga Penerbangan Awam Filipina menguruskan lapangan-lapangan terbang dan pelaksanaan dasar-dasar yang mengenai keselamatan perjalanan udara[133][134] dengan 85 buah lapangan awam beroperasi setakat 2014[update].[135] Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) melayan Kawasan Manila Raya di samping Lapangan Terbang Antarabangsa Clark. Philippine Airlines, syarikat penerbangan komersial tertua di Asia yang masih beroperasi di bawah nama asalnya, dan Cebu Pacific, syarikat penerbangan kos rendah terulung, merupakan syarikat penerbangan utama yang melayan kebanyakan destinasi domestik dan antarabangsa.[136][137][138]

Lebuh raya ekspres rata-rata tertumpu di Pulau Luzon termasuk Lebuh Raya Pan Filipina yang menyambungkan pulau-pulau Luzon, Samar, Leyte, dan Mindanao,[139][140] Lebuh Raya Luzon Utara, Lebuh Raya Luzon Selatan, dan Lebuh Raya Subic–Clark–Tarlac.[141][142][143][144][145][146]

Tren LRT-2 di stesen Santolan.

Pengangkutan kereta api hanya memainkan peranan dalam mengangkut penumpang di Metro Manila, wilayah Laguna, dan sesetengah Bahagian Bicol. Seolah-olah tiadanya perkhidmatan pengangkutan kargo. Setakat 2017[update], negara mempunyai jejak landasan kereta api sepanjang 77 kilometer sahaja, tetapi merancang peluasan kepada 320 kilometer menjelang 2022.[147] Metro Manila dilayan oleh tiga jaluran transit aliran deras, iaitu: LRT-1, LRT-2, MRT-3[148][149][150] dan mulai 2019, oleh MRT-7. Dahulu kala, kereta api melayan bahagian-bahagian utama Luzon, bahkan juga di pulau-pulau Cebu dan Negros. Kereta api dahulunya digunakan untuk tujuan pertanian, khususnya dalam pengeluaran tebu dan tembakau. Sedang dibangunkan beberapa sistem pengangkutan akan datang: DOST-MIRDC bersama UP sedang melaksanakan kajian pra-kebolehlaksanaan pada Automated Guideway Transit.[151][152][153]

Sebagai gugusan pulau, perlunya pengangkutan air antara pulau.[154] Pelabuhan yang sibuk sekali ialah Manila, Batangas, Subic, Cebu, Iloilo, Davao, Cagayan de Oro, dan Zamboanga.[155] 2GO Travel dan Sulpicio Lines melayan Manila dengan hubungan ke pelbagai bandar dan pekan melalui kapal penumpang. Strong Republic Nautical Highway (SRNH) sepanjang 919-kilometer (571 mi), sebuah rangkaian bersepadu segmen lebuh raya dan laluan feri yang meliputi 17 buah bandar, ditubuhkan pada 2003.[156] Pasig River Ferry Service melayan sungai-sungai besar di Metro Manila, termasuklah Sungai Pasig dan Sungai Marikina yang banyak perhentian di Manila, Makati, Mandaluyong, Pasig dan Marikina.[157][158]

Telekomunikasi

Filipina mempunyai sebuah industri telefon bimbit yang canggih dengan tumpuan pengguna yang tinggi. SMS merupakan kaedah komunikasi yang popular di mana tinjauan 2016 mendapati kira-kira 400 juta pesanan SMS dikirim di Filipina setiap hari.[159] Lebih 5 juta pengguna telefon bimbit juga menggunakan telefon sebagai "dompet maya", menjadikan Filipina antara negara yang membangun dalam menawarkan transaksi kewangan melalui rangkaian selular.[160][161][162] Philippine Long Distance Telephone Company (PLDT) merupakan penyedia telekomunikasi terulung dan juga syarikat terbesar di negara.[160][163]

Suruhanjaya Telekomunikasi Negara (National Telecommunications Commission) ialah agensi yang bertanggungjawab menyelia, mengawal dan membuat keputusan ke atas segala perkhidmatan telekomunikasi di negara.[164] Terdapat kira-kira 383 buah stesen radio AM, 659 stesen, dan 297 stesen televisyen udara dan 873 stesen televisyen kabel.[165] Pada 29 Mac 1994, Filipina menaiki Internet melalui sambungan 64 kbit/s daripada router layanan PLDT kepada router Sprint di California.[166] Anggaran bagi penembusan Internet di Filipina berbeza-beza dari serendah 2.5 juta hingga setinggi 24 juta orang.[167][168] Rangkaian sosial dan menonton video adalah antara aktiviti Internet utama warga Filipina.[169]

Sains dan teknologi

Pengkaji IRRI mengkaji DNA beras di bawah cahaya ultra lembayung.

Jabatan Sains dan Teknologi (Department of Science and Technology) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab atas pembangunan dan penyelarasan projek berkenaan sains dan teknologi di Filipina.[170]

Antara pertubuhan penyelidikan termasuk International Rice Research Institute, sebuah badan penyelidikan bebas antarabangsa yang ditubuhkan pada 1960 dengan ibu pejabat di Los Baños, Laguna,[171][172] tertumpu [ada penemuan jenis-jenis beras baru serta penciptaan teknik-teknik pengurusan tanaman untuk membantu petani menambah baik hidup.[173] Filipina membeli satelit pertama pada 1996.[174] Pada 2016, satelit mikro pertama Filipina, Diwata-1 dilancarkan dari kapal angkasa Cygnus.[175]

Rujukan

WikiPedia: Filipina http://crocodilian.blogspot.com.au/2011/11/accurat... http://www.environment.gov.au/soe/2001/publication... http://www.abc.net.au/7.30/content/2012/s3402880.h... http://summit.sfu.ca/system/files/iritems1/6689/b1... http://news.abs-cbn.com/pinoy-migration/07/02/09/f... http://www6.appliedbiosystems.com/yfilerdatabase/ http://aroundtheworldinaday.com/philippines_thaila... http://asiapacificuniverse.com/pkm/tech.htm http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/HE10Ae... http://www.authorama.com/former-philippines-b-8.ht...