Filius_Flitwick
Filius_Flitwick

Filius_Flitwick

Filius Flitwick (lahir pada 17 Oktober) merupakan satu watak ciptaan dalam siri Harry Potter.
Amaran Spoiler: Terdapat penerangan plot atau penamatan yang mungkin anda masih belum ingin mengetahuinya.
Flitwick mengajar Mantera dan ketua rumah kepada rumah Ravenclaw. Suaranya yang kecil memadani tubuhnya yang kecil juga. Apabila mengajar, dia akan berdiri di atas himpunan buku untuk melihat melepasi muka mejanya. Dia juga mempunyai darah goblin dalam keturunannya.Pengajaran Flitwick boleh dikatakan tidak seteruk pelajaran lain. Dia akan membenarkan pelajarnya bermain pada hujung penggal terutamanya menjelang cuti Krismas. Kadang kala, dia juga sering terkena sihir yang tidak tepat dan adakala sehingg melayang di dalam kelas.Antara mantera yang di ajar ialah, Sihir mengangkat, Wingardium Leviosa, Sihir Ketawa, Sihir Memanggil, Sihir Menghilang dan Sihir Menyenyap. Kelasnya berada di aras tiga sekolah tetapi pejabatnya di aras tujuh.Profesor Flitwick juga berkhidmat di luar kelas. Dia akan menggunakan kebolehannya untuk membantu menghias pokok Krismas. DIa juga pernah membantu Justin Finch-Fletchley terpegun kaku ke sayap hospital pada serangan ketika Bilik Rahsia dibuka. Dia juga mengajar pintu untuk mengenal Sirius Black selepas sekolah dipecah masuk. Tahun kemudiannya, dia turut bersama-sama mengawal keliling kawasan pagar sesat semasa Kejohanan Ahli Sihir Trio / Triwizard. Dia turut membantu mengalihkan sihir-sihir Fred dan George Weasley yang dilakukan ketika mereka hendak keluar dari sekolah.Flitwick boleh dikatakan menyokong Harry Potter dan Dumbledore apabila Dolores Umbridge cuba menjatuhkan mereka berdua dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Dia telah memberikan seoktak tikus gula-gula berdecit selepas sekolah heboh memperkatakan tentang wawancara Harry dalam The Quibbler. Dan apabila bunga api berleluasa di istana, Flitwick lebih rela memanggil Umbridge untuk menyelesaikannya daripada dia melakukannya sendiri.Dia telahpun mengajar di sekolah itu apabila James Potter dan yang lain di sana.Terdapat kebarangkalian yang dia akan menjadi Timbalan Pengetua selepas Minerva McGonagall menjadi Pengetua.Terdapat juga pernyataan yang Filius Flitwick juara perang tanding, amat bijak dan kacak ketika muda.