Dalam bidang
biologi,
filogenetik merupakan kajian hubungan
evolusi antara kumpulan
organisma (cth.
spesies,
populasi), yang ditemui melalui matriks data
penjujukan molekul dan data morfologi. Istilah filogenetik berasal dari bahasa Yunani iaitu phylé (φυλή) atau phylon (φῦλον) yang bermaksud "suku", "puak", "kaum"
[1] dan genesis (γένεσις) "punca", "asal", "kelahiran" dalam bentuk kata sifat genetikós (γενετικός).
[2] Hasil kajian filogenetik ialah hipotesis tentang sejarah evolusi kumpulan taksonomi, iaitu
filogeni.
[3]Evolusi merupakan satu proses yang bercabang, yang mana populasi mengalami perubahan sepanjang zaman dan boleh berpecah kepada cabang-cabang, saling
berkacuk atau
pupus. Ini boleh digambarkan dalam
salasilah filogenetik iaitu hipotesis turutan peristiwa evolusi yang diandaikan.
Taksonomi, iaitu pengelasan, pengenalpastian dan penamaan
organisma, lazimnya banyak menerima maklumat dari filogenetik, tetapi tetap jauh berbeza dari segi perkaedahan dan logik.
[4] Sejauh mana taksonomi bergantung pada filogeni adalah berbeza mengikut aliran taksonomi:
taksonomi berangka mengabaikan filogeni sama sekali, sebaliknya cuba menerangkan keserupaan sesama organisma;
sistematik filogenetik cuba menerangkan filogeni dalam pengelasannya tanpa menyingkirkan maklumat;
taksonomi evolusi pula cuba mencari kompromi antara taksonomi berangka dan sistematik filogenetik untuk menerangkan peringkat-peringkat evolusi.