Etimologi Firaun

Pharaoh "Pr Aa"
dalam hieroglif

'Firaun' merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Arab (al-Qur’an) tentang panggilan raja Mesir. Ia juga berasal dari Bahasa Mesir Pr-Aa bermaksud 'Rumah Besar', digunakan ketika Kerajaan Lama sebagai sebahagian dari frasa seperti 'smr pr-Aa' bermaksud 'Penghuni Rumah Besar', dengan rujukan khas kepada mahkamah atau istana itu sendiri. 1 Dari Dinasti Kedua Belas dan seterusnya, perkataan itu muncul dengan ucapan 'Rumah Besar, semoga hidup makmur dan dalam kesihatan', tetapi masih dengan rujukan bangunan berbanding dengan rajanya.

Contoh awal 'Pr Aa' digunakan untuk merujuk raja adalah dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) pada pertengahan Dinasti Kelapan Belas Mesir (1539-1292 SM) yang merujuk kepada 'Firaun, dikurniakan kehidupan, kemakmuran dan kesihatan, Tuan'.2 Dari Dinasti Kesembilan Belas dan seterusnya, digunakan juga hm.f 'Baginda Tuanku'.

Maka, istilah itu berubah dari sesuatu yang dirujuk bersama bangunan sehinggalah gelaran kehormat bagi seorang raja, dan juga pejabatnya.

1 (Inggeris)Ancient Egyptian Grammar (3rd ed.), A. Gardiner (1957) 71-76

2 (Inggeris)Hieratic Papyrus from Kahun and Gurob, F. LL. Griffith, 38, 17.