Permasalahan Firaun

Terdapat persoalan tentang para raja atau firaun Mesir purba. Berikut adalah di antaranya:

  • Tidak diketahui siapakan raja Mesir yang pertama. Ia mungkin Menes atau Narmer. Narmer disahkan secara arkaeologi, tetapi Menes tidak; ia mungkin Menes hanyalah mitos atau Menes dan Narmer adalah orang yang sama. Jika Menes wujud dan bukan orang yang sama dengan Narmer, tidak dapat diketahui siapa muncul dahulu.
  • Ahli sarjana tertanya-tanya adakah Ramses III mempertahan Mesir dari Orang Laut kerana mereka pernah menjarah atau mereka merupakan pelarian ke Mesir ketika peperangan. Tidak pasti sama ada Ramesses III atau Amenemhat I dibunuh.
  • Keadaan sebenar kehilangan isteri Akhenaten, Nefertiti, tidak dapat diketahui. Jasad Akhenaten sendiri tidak dapat ditemui dan tidak diketahui sama ada dibunuh atau dibuang. Tentang kepercayaan Akhenaten pula masih diperdebatkan ahli cendekiawan. Firaun berikutnya, Tutankhamun, juga tidak diketahui dengan banyak tentang hal tersebut dan juga penyebab dan terikh kemangkatan.
  • Apa yang berlaku kepada Hatshepsut tidak diketahui dan hubungan antara Hatshepsut dengan Senenmut masih diperdebatkan.
  • Sedikit yang diketahui tentang pemerintahan Firaun Smendes I, dan kemungkinan Mesir berpecah ketika itu.
  • Tidak diketahui sama ada Necho II menghantar ekspedisi yang berlayar dari Laut Merah mengelilingi Afrika dan kembali ke delta Nil.