Firefly
Firefly

Firefly

Firefly adalah syarikat penerbangan tambang murah di bawah subsidiari Penerbangan Malaysia. Ia memulakan operasinya ke enam destinasi dari hab penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia. Firefly menyediakan penerbangan harga murah ke destinasi pelancongan di Thailand dan Malaysia dengan menawarkan harga tiket yang rendah. Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia, Idris Jala di awal penubuhannya berkata harga tiket bermula daripada RM9.00 (USD3.60). Idris Jala berkata Firefly mahu dilihat sebagai syarikat penerbangan komuniti dengan asas penerbangan kos rendah.