Firenze
Firenze

Firenze

Firenze (/fiˈrɛnʦe/ atau [fi-rén-tsé], bahasa Itali Lama: Fiorenza, bahasa Latin: Florentia) atau juga dikenali dengan nama Inggerisnya Florence [flo-rĕns] merupakan sebuah ibu kota bagi wilayah Firenze dan daerah Toscana di Itali. Ia merupakan bandar paling ramai penduduk di Tuscany dengan penduduk seramai 364,779 (696,767 di kawasan bandar[2]).Bandar ini terletak di Sungai Arno dan dikenali dengan sejarah dan kepentingannya semasa Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan, terutamanya karya-karya seni dan seni bina. Sebagai sebuah pusat perdagangan dan kewangan zaman pertengahan Eropah, bandar ini sering kali dianggap sebagai tempat lahir Renaissance Itali; secara faktanya, ia telah dipanggil sebagai Athens dari Zaman Pertengahan.[3] Firenze berada lama di bawah pemerintahan de facto dari keluarga Medici. Bermula pada 1865 sehingga 1870, bandar ini juga menjadi ibu negara bagi kerajaan Itali. Pusat bersejarah Florence terus menarik minat jutaan para pelancong pada setiap tahun dan diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1982.