Fitnah_Kedua

Fitnah Kedua, juga dipanggil Perang Saudara Islam Kedua, merupakan satu tempoh kekacauan politik dan ketenteraan yang melanda empayar Islam semasa awal zaman Kerajaan Bani Umayyah, selepas kematian khalifah Umayyah pertama Muawiyah ibn Abu Sufyan. Tidak terdapat muafakat kukuh akan tempoh khusus konflik ini, dengan beberapa ahli sejarah memberikan tarikh yang berbeza. Ada yang melihat kematian Muawiyah pada 680 M sebagai permulaan tempoh ini, manakala ada yang menyebut tahun 683 (tahun kematian khalifah kedua Yazid bin Muawiyah). Begitu juga, akhir tempoh ini diberikan tarikh antara 685 (selepas kenaikan khalifah Abdul Malik bin Marwan) dan 692 (selepas kematian Abdullah ibn Zubair dan penamatan pemberontakannya).