Fiza_Sabjahan

Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan (lahir 9 September 1982) merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia, terkenal sebagai pengacara rancangan Wanita Hari Ini di TV3.[1] Selain itu, beliau juga pernah mengacarakan rancangan Nona, Singgah Sahur dan Soal Rakyat.Pada Julai 2013, beliau bersama-sama dengan Adi Putra, Nora Danish, Neelofa, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza telah dilantik sebagai duta untuk kempen Anugerah Syawal 2013 oleh TV3. Menurut TV3 "pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal.[2][3][4]Beliau sebelum ini berkahwin dengan ahli perniagaan Afief Farhan Fauzi dan memfailkan perceraian pada tahun 2014.[5][6]

Fiza_Sabjahan

Pekerjaan Pengacara, personaliti televisyen
Pasangan Afief Farhan Fauzi (k. 2010; c. 2014)
Tahun aktif 2007–kini
Kelahiran Siti Hasfizza Aswaty binti Sab Jahan
(1982-09-09) 9 September 1982 (umur 37)
Kapar, Klang, Selangor, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur