Fleur_Delacour
Fleur_Delacour

Fleur_Delacour

Fleur Delacour adalah watak rekaan dalam siri Harry Potter yang dikarang oleh J.K. Rowling. Beliau pertama kali muncul dalam Harry Potter and the Goblet of Fire dan kemudian muncul kembali dalam Harry Potter and the Half-Blood Prince serta kemungkinan besar akan muncul dalam Harry Potter and the Deathly Hallow.Fleur bersekolah di Akademi Sihir Bauxbatons di Perancis. Beliau adalah penyihir yang berbakat terbukti dengan terpilihnya Fleur sebagai Wira Beauxbatons dalam Kejohana Ahli Sihir Trio. Fleur digambarkan sebagai gadis yang luar biasa cantik, namun berbeza dengan sikapnya yang sombong dan menjengkelkan. Ginny dan Hermione sering menyebutnya sebagai 'Si Hidung Tinggi', kerana sifatnya yang dingin.Namanya berasal dari frasa bahasa Perancis fleur de la cour, yang bermaksud "bunga di halaman" atau , menurut J. K. Rowling, "wanita yang terhormat". Nama ini boleh juga menggambarkan tentang kecantikan Fleur. Dalam filem, Fleur dilakonkan oleh Clémence Poésy.