Flora
Flora

Flora

Dalam botani, flora mempunyai dua maksud. Maksud pertama merujuk kepada "semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman", khususnya tumbuhan yang asli. Maksud kedua merujuk kepada "buku atau karya" yang memerihalkan spesies tumbuhan yang terdapat di dalam sesuatu kawasan atau zaman bagi tujuan pengenalpastian. Sesetengah flora klasik dan moden disenaraikan di bawah.Istilah "flora" berasal daripada bahasa Latin, Flora, yang merupakan dewi untuk bunga dalam mitologi Rom. Istilah padanan untuk haiwan ialah fauna. Flora, fauna dan bentuk hidupan lain seperti kulat dirujuk bersama sebagai biota. Semua flora dan fauna di dalam sesuatu kawasan dirujuk bersama sebagai biota.

Berkaitan