Foodpanda

Foodpanda (dijenamakan sebagai foodpanda) ialah sebuah pasaran penghantaran makanan mudah alih dari Jerman[1] yang beribu pusat di Berlin, Jerman, berurusan di 10 buah negara dan wilayah.[2] Perkhidmatan ini membenarkan pengguna untuk memesan dah menempah makanan dari restoran dan kedai makan tempatan melalui aplikasi telefon juga dari laman sesawang. Syarikat tersebut telah berkongsi khidmat dengan 27,095 restoran di 193 buah bandar dan mempunyai lebih daripada 15,733 penghantar pesanan. Firma tersebut telah diperoleh Delivery Hero pada awal bulan Disember 2016.[3]Perniagaan Foodpanda di India diperolehi sebuah syarikat pengagregat teksi India bernama Ola pada 29 Disember 2017 dengan jumlah wang yang tidak didedahkan.[4]

Rujukan

WikiPedia: Foodpanda http://www.foodora.com http://foodpanda.com http://www.marketing-interactive.com/foodpanda-und... http://www.nextupasia.com/malaysian-entrepreneur-l... http://www.scmp.com/lifestyle/food-drink/article/2... http://www.techinasia.com/foodpanda-rocket-interne... http://www.technobooklet.com/order-food-online-wit... http://techworldafrica.com/2014/02/nokia-partners-... http://www.thejakartapost.com/news/2016/10/03/indo... http://techcircle.vccircle.com/2014/02/04/rocket-i...