Formaldehid
Formaldehid

Formaldehid

Formaldehid (atau formalin) ialah sejenis sebatian organik semula jadi dengan formula CH2O (H-CHO). Ia merupakan aldehid (R-CHO) paling mudah, yang juga dikenali dengan nama sistematiknya metanal. Nama biasa bahan ini datangnya dari persamaan ciri dan perkaitannya dengan asid formik.Formaldehid pelopor penting kepada banyak bahan-bahan dan sebatian kimia yang lain. Pada tahun 1996, kapasiti pengeluaran formaldehid telah dianggarkan sebanyak 8.7 juta tan setiap tahun.[10] Ia digunakan dalam pengeluaran resin tahap industri, contohnya dalam pembuatan papan partikal dan cat lapisan.Sebatian ini boleh mendatangkan bahaya yang ketara kepada manusia apabila dipertimbangkan penggunaannya yang meluas, serta sifatnya yang toksik dan mudah meruap.[11] Pada tahun 2011, Rancangan Toksikologi Negara Amerika Syarikat menggambarkan formaldehid sebagai "bahan karsinogen manusia yang diketahui".[12][13][14]

Rujukan

WikiPedia: Formaldehid http://www.nicnas.gov.au/chemical-information/info... http://www.drugbank.ca/drugs/DB03843 http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.692.h... http://chemistry.stackexchange.com/questions/12232... http://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=C%3... http://monographs.iarc.fr/ENG/Monographs/vol88/mon... http://www.cdc.gov/niosh/idlh/50000.html http://ntp.niehs.nih.gov/index.cfm?objectid=720162... http://ntp.niehs.nih.gov/ntp/roc/twelfth/roc12.pdf http://fdasis.nlm.nih.gov/srs/srsdirect.jsp?regno=...