Kontroversi Forteen

Izzue Islam Keluar Dari Forteen dan Kemelut Forteen

Pada 18 November 2018, Izzue Islam mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya daripada Forteen pada segmen karpet merah final Gegar Vaganza musim kelima (GV5) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekitar November lalu.

Izzue memberitahu keputusan menarik diri daripada kumpulan Forteen tiada kaitan dengan kegagalan mereka untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Gegar Vaganza 5. Sebaliknya, keputusan itu dibuat kerana sudah tiada persefahaman antara ahli kumpulan lain.[16]

Dalam satu kenyataan lain, Forteen bagaimanapun menafikan dakwaan Izzue dipulaukan oleh anggota lain sehingga mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan itu.

Pertukaran lagu pada saat-saat akhir menjadi punca pergaduhan antara Izzue Islam dan tiga lagi anggota kumpulan Forteen iaitu Ariz, One dan Ameer.Menurut Ariz Lufias, pada mulanya Forteen sudah memilih sebuah lagu untuk dipersembahan pada sebuah majlis khas Gegar Vaganza musim kelima yang berlangsung pada Khamis lalu.

Pada 23 November 2018, kontroversi antara pelakon Izzue Islam bersama tiga anggota Forteen yang lain memasuki episod baharu apabila mereka akhirnya bersemuka bagi menyelesaikan kemelut yang melanda dan ia disiarkan secara langsung menerusi segmen Suria Petang di Suria FM pada Jumaat.

Pertemuan itu bagaikan sebuah drama apabila keempat-empat mereka berpelukan dan masing-masing menangis selepas selesai ditemubual.Perbincangan di antara mereka yang pada awalnya berlangsung dengan tenang bagaimanapun mula bertukar tegang sehingga ada dalam kalangan mereka yang menitiskan air mata.

Pun begitu, pertemuan itu disifatkan sebagai berjaya merungkai beberapa persoalan yang terbuku dalam hati masing-masing namun mereka masih perlu duduk berbincang bagi menyelesaikan masalah berbangkit antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, hubungan mereka yang renggang dek perselisihan faham kembali terjalin dalam pertemuan yang sungguh mendebarkan dan menyentuh hati. Pertemuan diantara Izzue Islam dan kumpulan Forteen di sambutan ulang tahun ke 11 Suria FM akhirnya menemui jalan damai.

Walaupun telah berdamai, Izzue Islam nekad dengan pendiriannya untuk meninggalkan kumpulan tersebut.[17]

Rujukan

WikiPedia: Forteen http://www.budiey.com/dekat-tapi-jauh/ http://www.budiey.com/forteen-gigih-promosi-lagu-l... http://www.budiey.com/kejutan-forteen-buat-peminat... http://www.budiey.com/muzik-video-terbaru-forteen-... http://www.joox.com/node/ms_my/playranking?&backen... http://www.rafzantomomi.com/2016/02/lirik-dekat-ta... http://www.rotikaya.com/forteen-anjurkan-konsert-k... http://www.era.fm/Mobile/Carta/ERA-fm/Carta-ERA-40 http://www.sinar.fm/Zon-Interaktif/Hiburan/Haluu-B... http://forteenofficialsite.blogspot.my/