Forum_Perdana_Ehwal_Islam

Forum Perdana Ehwal Islam ( FPEI ) dahulunya dikenali dengan Sinar Islam merupakan satu satunya program bual bicara agama yang paling lama bertahan di bawah Radio Televisyen Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia . Ia telah mula disiarkan sejak tahun 80-an lagi. Pada tahun 90-an , Sinar Islam telah bertukar nama kepada Forum Perdana Ehwal Islam. Dahulu , wakru siarannya sering berubah dek penstruksturan semula berulang kali oleh Radio Televisyen Malaysia yang mana ketika itu sedang berlaku era pendigitalan iaitu perubahan sistem analog kepada sistem digital. Hal ini bertambah buruk ekoran penambahan saluran radio RTM yang mendadak ketika itu. Mulai tahun 2003 , forum ini telah ditetapkan jadual siarannya kepada hari Khamis , jam 2100 dan mana mana siaran langsung yang perlu dilaksanakan pada waktu itu , perlu ditangguh sejam kemudian atau sehari kemudian.
Pengacara : Ustaz Rizal RamliUstaz Hariri DaudUstaz Zakaria OthmanUstaz Nabil Ahmad ( Far East )