Foton
Foton

Foton

Foton di dalam fizik merujuk kepada zarah asas yang bertanggungjawab terhadap penghasilan semua fenomena elektromagnet. Zarah ini merupakan unit asas cahaya dan semua bentuk sinaran elektromagnet, termasuk sinar gama, sinar X, sinar ultraungu (ultralembayung), cahaya tampak, sinar inframerah, mikrogelombang malah gelombang radio. Zarah ini berbeza jika dibandingkan dengan zarah-zarah yang lain seperti elektron dan kuark dari segi jisim rehatnya, iaitu sifar.[1]Oleh yang demikian, foton bergerak di dalam vakum dengan kelajuan cahaya, c {\displaystyle \,c} . Sama seperti semua kuantum, foton memiliki sifat kedualan zarah-gelombang. Sifat gelombang yang dimiliki foton boleh ditemui dengan mengkaji pembiasan foton oleh kanta dan interferens memusnah apabila gelombang-gelombang yang dipantul saling membatalkan di antara satu sama lain. Sifat foton dari segi zarah pula ialah kebolehannya untuk bersalingtindak dengan jirim melalui pemindahan tenaga. Hal ini disimpulkan melalui persamaan Planck seperti berikut:dengan E {\displaystyle \,E} ialah tenaga, h {\displaystyle \,h} ialah pemalar Planck, λ {\displaystyle \,\lambda } ialah jarak gelombang. Hal ini amat bertentangan dengan sifat gelombang klasik yang boleh kehilangan tenaga secara rambang. Bagi cahaya tampak, tenaga yang dibawa oleh satu unit foton ialah 4×10–19 joule. Tenaga ini cukup untuk merangsang satu molekul di dalam sel optik pada bahagian mata sehingga membawa kepada kebolehan melihat.[2]Selain memiliki tenaga, satu unit foton turut mempunyai momentum dan pengkutuban. Foton mengikut hukum mekanik kuantum yang bererti bahawa semua sifat-sifat ini tidak mempunyai nilai yang jelas bagi satu-satu unit foton. Sebaliknya sifat-sifat ini ditentukan sebagai satu kebarangkalian untuk mengukur pengkutuban, kedudukan mahupun momentum tertentu. Sebagai contoh, walaupun foton boleh merangsang molekul, adalah mustahil untuk meramalkan molekul yang akan dirangsang.Penghuraian foton di atas sebagai pembawa sinar elektromagnet sering digunakan oleh ahli-ahli fizik. Namun, dalam fizik teori, satu unit foton boleh dianggap sebagai orang tengah bagi semua jenis tindak balas elektromagnet termasuk di dalam medan magnet dan juga penolakan elektrostatik di antara cas-cas yang serupa.