Single Fragmen

  • Single pertama album ini, “Lebih Indah” dilancarkan pada 31 Ogos 2013.[36] Lagu ini diceritakan oleh Siti sebagai ‘mengabadikan semangat dan berkongsi perasaan saat menjaga suaminya’ yang beliau terpaksa hadapi apabila menjaga suaminya yang terlibat dalam kemalangan motosikal di New Zealand pada November 2012.[13][53] Dibintangi oleh Zain Saidin, Chacha Maembong dan Ari, video muziknya dipilih sebagai komersial untuk produk “eau de toilettes” beliau daripada rangkaian kosmetik SimplySiti.[54] Video muzik lagu ini telah dimuat naik di YouTube pada 30 Mei, dua minggu selepas sesi ‘sneak peek’ semasa jelajah promosi pertama produk “eau de toilettes” pada 11 Mei. [54]“Lebih Indah” melayakkan Siti memenangi beberapa anugerah tempatan dan antarabangsa - Artis Terbaik (Wanita) di Anugerah Planet Muzik 2014 dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) di Anugerah Industri Muzik.[55][56] Lagu ini juga menerima pencalonan di 2014 World Music Awards menerusi kategori Lagu Terbaik Dunia dan Video Muzik Terbaik Dunia.[57]
  • Single kedua, “Jaga Dia Untukku” dilancarkan pada 4 Mei 2014. [44][45] Lagu ini diinspirasikan oleh pengalamannya mendengar berita mengenai nahas motosikal suaminya dan kebimbangannya apabila menjaganya. [58] Video muziknya menjalani penggambaran di Puncak Pass, Cisauran, Kabupaten Bogor, Indonesia. [59] Video muzik lagu ini dipertontonkan kepada media semasa pelancaran albumnya pada 21 Julai. Ia dipersembahkan secara langsung beberapa kali termasuk dalam rancangan “Apa Saja FBI” di TV9.[60]
  • Single ketiga, “Terbaik Bagimu” telah dilancarkan pada 15 Oktober 2014. [61] Ia dipersembahkan secara langsung semasa konsert Dato’ Siti Nurhaliza - Live In Singapore pada 12 April 2014.[50] Ia juga dipersembahkan beberapa kali semasa lawatannya ke Indonesia bagi mempromosikan album Fragmen versi Indonesia termasuk - “Persembahan Cinta 23” (MNCTV) pada 20 Oktober,[30] “dahSyat” [31] dan “Superstars” [32] (RCTI) pada 21 Oktober, “Inbox” [33](SCTV) pada 22 Oktober dan “Sarah Sechan” di NET..[35]
  • Single Indonesia pertamanya, “Seluruh Cinta” telah dipersembahkan secara langsung oleh Siti dan Cakra semasa rancangan khas MNCTV sempena ulang tahunnya ke-23 pada 20 Oktober 2014. [30][51]Ia dilancarkan secara rasminya pada 21 Oktober 2014 dengan pelancaran album Fragmen versi Indonesia pada hari yang sama.[22] Lagu yang sama dipersembahkan secara langsung dalam beberapa rancangan hiburan dan saluran televisyen Indonesia, termasuk “dahSyat” di RCTI (21 Oktober)[31][51] dan “Ada-Ada Aja” di Global TV (22 Oktober).[51][34] “Seluruh Cinta” juga dpersembahkan secara langsung semasa rakaman rancangan bual bicara sejam oleh Sarah Sechan di NET. yang bersiaran pada 1 November 2014.[35][52]

Rujukan

WikiPedia: Fragmen http://www.astroawani.com/budget/news/show/siti-nu... http://www.astroawani.com/news/show/apm-2014-siti-... http://www.budiey.com/konsert-dato-siti-nurhaliza-... http://www.budiey.com/siti-nurhaliza-kini-bersama-... http://news.getmusicasia.com/2014/05/04/dato-siti-... http://gilamuzik.com/2014/10/siaran-media-terbaik-... http://musik.kapanlagi.com/berita/album-fragmen-si... http://musik.kapanlagi.com/berita/siti-nurhaliza-p... http://mediahiburan.karangkraf.com/memang-hot/peny... http://mediahiburan.karangkraf.com/penyanyi-malays...