Franche-Comté
Franche-Comté

Franche-Comté

Data Daftar Tanah Perancis yang mengecualikan tasik, kolam, dan glasier yang melebihi 1 km² (0.386 batu persegi atau 247 ekar), serta juga muara-muara sungai.
Franche-Comté (Sebutan bahasa Perancis: [fʁɑ̃ʃ kɔ̃te]; Franc-Comtois: Fraintche-Comtè; Templat:Lang-frp) ialah sebuah wilayah pentadbiran dan provinsi traditional di Perancis timur. Ia terdiri daripada jabatan-jabatan moden termasuklah Doubs, Jura, Haute-Saône dan Territoire de Belfort dengan populasi seramai 1,159,000 orang dalam tahun 2008.Kota-kota utamanya ialah ibu kota Besançon, Belfort, dan Montbéliard (Aire Urbaine Belfort-Montbéliard-Héricourt-Delle). Kota-kota penting yang lain termasuklah Dole (ibu kota sebelum wilayah ini dijajah oleh Louis XIV semasa penghujung abad ke-17), Vesoul (ibu kota bagi Haute-Saône), Arbois ("ibu kota wain" Jura), dan Lons-le-Saunier (ibu kota Jura).