Franky
Franky

Franky

Franky (フランキー, Furankī), juga digelar "Cyborg" Franky ("サイボーグ"フランキー, "Saibōgu" Furankī), atau nama asalnya Cutty Flam (カティ・フラム, Kati Furamu) adalah ahli ketujuh yang menyertai Kumpulan Lanun Bertopi Jerami sebagai tukang kapal dalam manga dan anime One Piece.Franky mudah dikenali melalui penampilannya, dia memakai celana renang sepanjang masa, rantai besi sebagai rantai leher dan kemeja Hawaii yang tidak dibutangkan, cara pemakaian bajunya mungkin diilhamkan daripada watak Ace Ventura di dalam filem Ace Ventura When Nature Call lakonan Jim Carrey, malah bentuk rambutnya jugak diilhamkan daripada watak tersebut. Franky berbadan sasa, lengannya pula besar dan menonjol seperti watak Popeye dan di cacah dengan bentuk bintang sudut lima berwarna merah. Dia memiliki dagu yang berbelah 3.Beliau sebenarnya salah seorang yang dianggap sebagai tukang kapal berlegenda kerana pernah menjadi perantis serimala kapal manusia ikan bernama Tom. Sebelum menyertai kumpulan bertopi jerami Franky menjadi ketua untuk 'Ahli Keluarga Franky' yang terdiri dari kalangan samseng dari pulau Water Seven. Setelah tamat peperangan di Enies Lobby, Franky menjadi ahli rasmi menyertai kumpulan bertopi jerami setelah dipaksa dengan pujukan.

Franky

Kemunculan pertama

Manga Buku #35-Bab #329
Anime Episod #233
Spesies Manusia
Jantina Lelaki
Nama panggilan Cyborg
Ganjaran

44,000,000 beli