Frederick_Gallagher_Galleghan
Frederick_Gallagher_Galleghan

Frederick_Gallagher_Galleghan

Frederick Gallagher Galleghan adalah seorang pegawai pemerintah Batalion infantri Australia semasa Perang Dunia II. Dia terkenal kerana berjaya menyebabkan bilangan korban perang yang tinggi di kalangan askar-askar Jepun semasa Pertempuran Jambatan Gemencheh. Selepas British menyerah kalah, Galleghan menjadi tawanan perang, bila mana dia mengukir nama dan penghormatan sebagai pemerintah tawanan-tawanan perang Australia di Penjara Changi.Frederick Gallagher Galleghan dilahirkan pada 11 Januari 1897 di Jesmond, New South Wales. Dia menamatkan pengajian sekolahnya di Newcastle, N.S.W. dan menjadi seorang juru telegraf dalam perkhidmatan Jabatan Ketua Pos. Di waktu mudanya, Galleghan aktif dalam perkhidmatan kadet tentera. Dalam bulan Januari 1916, Galleghan memasuki perkhidmatan Tentera Imperial Australia (AIF) dan ditugaskan dengan Batalion ke-34. Galleghan mendapat cedera sebanyak 2 kali di Perbatasan Barat (Western Front), dan dihantar pulang lewat tahun 1918 kerana kecederaannya. Galleghan menamatkan perkhidmatan tentera pada bukan Mac 1919 dengan rasa kecewa kerana tidak diberikan tauliah sebagai pegawai tentera. Dia menyertai pasukan militia dan diberikan tauliah sebagai Leftenan dalam tahun 1919 dalam senarai pegawai simpanan militia. Galleghan berkahwin dengan Vera Dawson dalam tahun 1922 dan bekerja di dalam beberapa agensi perkhidmatan awam sebelum menyertai pejabat pendakwa raya dalam tahun 1936.