Frekuensi_ultra_tinggi

Frekuensi ultra tinggi (Bahasa Inggeris: Ultra high frequency, UHF) menandakan julat (jalur) gelombang elektromagnet yang frekuensinya antara 300 MHz dan 3 GHz (3,000 MHz), juga dikenali sebagai jalur desimeter atau gelombang desimeter kerana jarak gelombangnya antara 10 hingga satu desimeter. Gelombang radio yang frekuensinya melebihi jalur UHF terletak dalam jalur-jalur SHF (frekuensi super tinggi) dan EHF (frekuensi teramat tinggi); semuanya tergolong dalam julat frekuensi gelombang mikro. Isyarat-isyarat frekuensi lebih rendah pula jatuh dalam jalur-jalur VHF atau lebih rendah. Lihat spektrum elektromagnet untuk senarai penuh jalur frekuensi.