FrieslandCampina
FrieslandCampina

FrieslandCampina

Royal FrieslandCampina N.V. merupakan koperasi tenusu multinasional Belanda yang berpusat di Amersfoort, Belanda. Ia ditubuhkan hasil penggabungan antara Friesland Foods dan Campina pada 31 Disember 2008.Ia merupakan koperasi tenusu terbesar di dunia dan salah satu daripada 5 syarikat tenusu teratas di dunia dengan pendapatan tahunan sebanyak 11 bilion euro (2016). FrieslandCampina mempunyai pejabat cawangan di 33 negara dan mempunyai sejumlah 21,927 orang.Jenama utamanya ialah Friesche Vlag (atau Frisian Flag di Indonesia), Chocomel, Fristi, Dutch Lady, Appelsientje, Milner, Campina, Landliebe, Optimel, Mona dan "Mix'it". Produk FrieslandCampina dipasarkan di lebih daripada 100 buah negara.