Frozen:_Anna_&_Permaisuri_Salji_(runut_bunyi)
Frozen:_Anna_&_Permaisuri_Salji_(runut_bunyi)

Frozen:_Anna_&_Permaisuri_Salji_(runut_bunyi)

Frozen: Original Motion Picture Soundtrack merupakan runut bunyi bagi filem animasi Disney yang ditayangkan pada 2013, Frozen: Anna & Permaisuri Salji. Runut bunyi tersebut menampilkan sepuluh buah lagu asal yang ditulis dan digubah oleh Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez serta 21 gubahan skor oleh Christophe Beck. Ia menampilkan lagu "Bebaskan" (versi filem dipersembahkan oleh Idina Menzel; versi single dipersembahkan oleh Demi Lovato), telah menerima percalonan bagi Anugerah Golden Globe bagi kategori Lagu Asal Terbaik dan Anugerah Pilihan Pengkritik bagi kategori Lagu Terbaik.[2][3]Dua edisi runut bunyi ini dilancarkan oleh syarikat rakaman Walt Disney Records pada 25 November 2013 iaitu edisi cakera tunggal dan edisi mewah digipak dengan dua cakera (mengandungi rakaman pita ragaan lagu dan gubahan skor, rakaman syot tolakan yang tidak digunakan serta versi instrumental lagu utama filem).[4] Pada 21 Oktober 2013, single utama runut bunyi, lagu tajuk "Bebaskan" oleh Demi Lovato dikeluarkan.[5] Pelancaran berikutnya telah disertai oleh terjemahan bahasa asing bagi lagu "Bebaskan".Album runut bunyi ini menerima pujian daripada para pengkritik muzik dan mencapai tangga ke-18 dalam carta Billboard 200 ketika hari pertama pelancaran.[6] Sehingga 5 Februari 2014, runut bunyi ini berjaya terjual sebanyak 863,000 salinan di Amerika Syarikat dan menduduki tangga teratas dalam carta album Billboard selama empat minggu. Album ini juga memperoleh pengiktirafan emas daripada Persatuan Industri Rakaman Emas Amerika.[7]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Frozen:_Anna_&_Permaisuri_Salji_(runut_bunyi) http://www.capif.org.ar/ http://www.ultratop.be/nl/showitem.asp?interpret=S... http://www.allmusic.com/artist/ http://www.amazon.com/Frozen-Deluxe-Soundtrack/dp/... http://www.amazon.com/Frozen-Original-Picture-Soun... http://australian-charts.com/forum.asp?todo=viewth... http://www.billboard.com/articles/columns/chart-be... http://www.billboard.com/articles/news/5862606/fro... http://www.billboard.com/charts/2014-01-25/canadia... http://www.billboard.com/charts/billboard-200