Frozen_2

Frozen II, juga dikenali sebagai Frozen 2 ialah filem fantasi muzikal animasi komputer Amerika Syarikat 2019 terbitan Walt Disney Animation Studios. Filem ke-58 yang diterbitkan oleh studio, ia merupakan kesinambungan dari filem 2013 Frozen, dan menampilkan kembalinya pengarah Chris Buck dan Jennifer Lee, penerbit Peter Del Vecho, penulis lagu Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez, dan komposer Christophe Beck. Lee juga kembali sebagai penulis skkrip, menulis lakon layar dari sebuah cerita olehnya, Buck, Marc E. Smith, Anderson-Lopez dan Lopez. Pelakon suara Idina Menzel, Kristen Bell, Jonathan Groff, Josh Gad, dan Santino Fontana kembali sebagai watak mereka sebelumnya, bersama pendatang baru Sterling K. Brown, Evan Rachel Wood, Alfred Molina, Martha Plimpton, Rachel Matthews, dan Jason Ritter.Berlatarkan tiga tahun selepas peristiwa filem pertama,[7] ia mengisahkan Elsa, Anna, Kristoff, Olaf, dan Sven yang memulakam perjalanan melangkaui kerajaan Arendelle mereka untuk menemui asal-usul kekuatan keajaiban Elsa dan menyelamatkan kerajaan mereka setelah suara misteri memanggil Elsa.Frozen 2 memiliki tayangan perdana sedunianya di Dolby Theatre di Hollywood pada 7 November 2019, dan dikeluarkan secara meluas di Amerika Syarikat oleh Walt Disney Studios Motion Pictures pada 22 November 2019. Filem ini mendapat sambutan positif daripada pengkritik, yang memuji animasi, visual, penulisan, muzik dan persembahan vokal. Ia telah meraih $ 919 juta di seluruh dunia, dan mempunyai pembukaan seluruh dunia sepanjang zaman untuk filem animasi, dan ialah filem animasi keempat belas yang paling tinggi dan filem kelapan tertinggi pada tahun 2019.

Frozen_2

Bahasa Inggeris
Cerita oleh
Lakon layar oleh
  • Jennifer Lee[1]
Muzik oleh
Disunting oleh Jeff Draheim
Pengarah
Penerbit Peter Del Vecho
Pecah panggung $919.7 juta[5][6]
Mula ditayangkan 7 November 2019 (2019-11-07) (Dolby Theatre)
22 November 2019 (Amerika Syarikat)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi
  • Tracy Scott Beattie (reka letak)
  • Mohit Kallianpur (pencahayaan)
Tempoh tayangan 103 minit[3]
Dibintangi oleh
Negara Amerika Syarikat
Pengedar Walt Disney Studios
Motion Pictures
Perbelanjaan $150 juta[4]