G-Dragon
G-Dragon

G-Dragon

Kwon Ji-yong atau lebih dikenali sebagai G-Dragon (Hangul: 권지용; lahir 18 Ogos 1988)[1] merupakan seorang penyanyi, pelakon, penulis lagu, penari dan penerbit Korea Selatan. Beliau lebih dikenali sebagai ketua kumpulan muzik terkenal Korea Selatan, Big Bang. Selepas 6 tahun sebagai pelatih di bawah syarikat rakaman YG Entertainment, G-Dragon secara rasmi memulakan kerjaya sebagai ahli kumpulan Big Bang. G-Dragon telah terlibat dengan penulisan, mengarang dan menghasilkan pelbagai trek hit Big Bang, termasuk "Lies", "Last Farewell", dan "Day by Day."Beliau telah mengeluarkan album solo pertama beliau iaitu Heartbreaker pada tahun 2009. Album tersebut adalah salah satu daripada album paling berjaya dalam tahun 2009 dengan perolehan jualan sebanyak 200,000 salinan dan memenangi Anugerah Muzik Asia Mnet bagi kategori Album Tahun Ini. Setahun kemudian, G-Dragon dan rakannya daripada kumpulan muzik yang sama, T.O.P bekerjasama dalam menghasilkan album GD & TOP (2010). Tiga single dilancarkan daripada album tersebut iaitu "High High", "Kalah Mati" dan "Oh Yeah", dimana ketiga-tiga lagu itu berada di kedudukan teratas dalam Carta Gaon. Pada tahun 2012, beliau melancarkan album mini One of a Kind dengan single seperti "One of a Kind", "Crayon" dan "That XX". Terbaharu, beliau telah mengeluarkan album penuh kedua, Coup D'Etat.G-Dragon menjadi ahli kedua Big Bang untuk membuat debut solo di Jepun selepas konsert solo rakan beliau, Daesung. Beliau memulakan jelajah seluruh dunia kedua sebagai artis solo, termasuk lawatan empat kubah di Jepun.[2]

G-Dragon

Pekerjaan
Nama asal 권지용
Tahun aktif 2001–kini
Hanja 權志龍
Nama lain GD
Pengkarya berkait
Instrumen
Hangul 지드래곤
Syarikat rakaman YG Entertainment
Warganegara Korea Selatan
McCune–Reischauer Chi Tŭraegon
Laman web ygbigbang.com/gdragon
Perumian Semakan Ji deuraegon
Kelahiran Kwon Ji-yong
(1988-08-18) 18 Ogos 1988 (umur 31)
Busan, Korea Selatan
Genre Hip hop, K-pop

Rujukan

WikiPedia: G-Dragon http://www.smh.com.au/entertainment/music/on-the-e... http://ent.sina.com.cn/y/2009-05-19/13532526798.sh... http://www.allkpop.com/2012/03/g-dragons-solo-come... http://www.allkpop.com/2012/03/gdtop-to-feature-in... http://www.allkpop.com/2012/08/g-dragon-releases-m... http://www.allkpop.com/article/2013/11/winners-fro... http://www.allkpop.com/article/2014/08/g-dragon-wi... http://www.allkpop.com/article/2015/09/g-dragon-is... http://news.asiaone.com/news/showbiz/g-dragon-coll... http://news.asiaone.com/news/showbiz/g-dragon-comp...