G._Palanivel

Datuk Seri Palanivel Govindasamy (Bahasa Tamil: பழனிவேல் கோவிந்தசாமி; lahir 1 Mac 1949) atau lebih dikenali sebagai G. Palanivel atau 'Palani' adalah seorang ahli politik dan Presiden Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen Barisan Nasional di Malaysia. Beliau kini memegang jawatan Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 16 Mei 2013.[1]Beliau merupakan pemimpin veteran MIC kerana pernah menang 4 kali di parlimen Hulu Selangor dalam 1990, 1995, 1999 dan 2004. Tetapi beliau kalah tipis dalam gelombang politik 2008 kepada Datuk Zainal Abidin Ahmad (PKR) dari Parti Keadilan Rakyat.Pada 3 Mei 2010, beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Negara.Dikatakan beliau dipilih sebagai Senator setelah tidak terpilih sebagai calon pilihan raya Hulu Selangor 2010.