Sejarah G

Huruf G diperkenalkan pada zaman Latin lama sebagai satu bentuk kelainan bagi huruf C untuk membezakan konsonan velum bersuara /ɡ/ daripada yang tidak bersuara /k/.

Orang pertama yang diketahui menulis huruf G ialah Spurius Carvilius Ruga, orang Rom pertama yang membuka sekolah beryuran, dan mengajar sekitar 230 SM. Ketika itu, huruf K makin kurang dipakai, manakala huruf C yang mula-mulanya mewakili kedua-dua bunyi /ɡ/ dan /k/ sebelum bunyi vokal terbuka, kemudian hanya mewakili bunyi /k/ dalam apa-apa kedudukan.

Penempatan G oleh Ruga menunjukkan bahawa susunan abjad yang berkaitan dengan nilai-nilai huruf sebagai angka Greek, pun dijadikan isu pada abad ke-3 SM. Sampson (1985) berpendapat bahawa: "Nyata sekali susunan abjad dirasakan sebagai perihal yang begitu konkrit sehingga sesuatu huruf baru bolehditambah di tengah hanya jika terdapat ‘ruangan’ kesan pengguguran huruf lama."[1] Menurut sesetengah catatan, huruf ketujuh yang asal, Z, digugurkan daripada huruf Latin pada awal abad ke-3 SM oleh penapis Rom Appius Claudiusyang mendapati huruf itu asing dan dibenci sekali.[2]

Tidak lama kemudian, kedua-dua konsonan velum /k/ dan /ɡ/ mengalami prosesplatalisasi dan alofon sebelum vokal hadapan; oleh itu, huruf C dan G mempunyai nilai bunyi berbeza dalam pelbagai bahasa Romance, serta juga bahasa Inggeris (akibat pengaruh bahasa Perancis).

Huruf g kecil mempunyai dua bentuk asas yang berlainan: "g berekor terbuka" dan "g berekor gelung" .

Berkaitan