Sejarah GNOME

Pada tahun 1996, projek KDE telah dimulakan. KDE sendiri sedari mula adalah bebas dan bersumber terbuka, namun ahli-ahli projek GNU bimbang akan kebergantungan KDE dengan—pada masa itu—perkakas widget bukan GPL, Qt, yang ketika itu dimiliki oleh Trolltech. Pada bulan Ogos 1997, dua projek telah dimulakan sebagai maklum balas bagi isu ini: set alat Harmony, pengganti bebas bagi pustaka Qt, dan GNOME, meja berbeza yang tidak menggunakan Qt[2] tetapi GTK+, yang dipayungi Lesen Awam Am Lemah GNU (LGPL), sebuah lesen perisian bebas yang membenarkan perisian yang tak serasi GPL dikaitkan kepadanya. Meja GNOME sendiri dilesenkan di bawah LGPL untuk pustaka-pustakanya, manakala GPL bagi aplikasi yang merupakan sebahagian daripada projek GNOME. Melesenkan set alat dan pustaka di bawah LGPL membolehkan aplikasi yang ditulis untuk GNOME menggunakan set lesen yang lebih meluas (termasuk lesen perisian hak milik).[3]Ketua dan pengasas terawal bagi GNOME ialah dua orang pengaturcara Mexico yakni Miguel de Icaza dan Federico Mena.

Nama

Nama "GNOME" ialah singkatan bagi GNU Network Object Model Environment, maksudnya "Persekitaran Model Objek Rangkaian GNU". Ia merujuk kepada tujuan utama GNOME yakni mencipta rangka kerja objek teragih serupa dengan OLE Microsoft.[4] Namun ini bukan lagi visi teras projek GNOME, dan kepanjangan namanya kini dianggap basi. Daripada hal ini, sesetengah ahli menyokong singkatannya dibuang dan nama "GNOME" diganti dengan "Gnome".[5]

Rujukan

WikiPedia: GNOME http://arstechnica.com/news.ars/post/20070919-gnom... http://arstechnica.com/news.ars/post/20080714-gnom... http://linuxtoday.com/news_story.php3?ltsn=2000-09... http://www.osnews.com/story/22224/GNOME_2_28_Relea... http://www.osnews.com/story/23092/GNOME_2_30_Relea... http://www.phoronix.com/scan.php?page=article&item... http://primates.ximian.com/~miguel/gnome-history.h... http://www.figuiere.net/hub/blog/?2005/06/12/220-g... http://web.archive.org/web/20100514071800/http://d... http://web.archive.org/web/20100824183314/http://d...