GSM

GSM (kependekan bagi global system for communications, bermaksud sistem global untuk komunikasi) ialah satu piawaian komunikasi yang dibangunkan oleh Instititut Piawai Telekomunikasi Eropah (ESTI). Ia pada mulanya dibangunkan untuk menyelesaikan masalah perbezaan sistem selular di Eropah, namun kini telah menjadi sebuah piawai yang digunakan meluas di seluruh dunia.[1] Sistem pesanan ringkas (SMS) merupakan salah satu perkhidmatan di bawah teknologi GSM. Piawai ini menggunakan 890–915 MHz untuk hubungan undur dan 935–960 MHz untuk hubungan hadapan.