Gabenor

Gabenor ialah gelaran bagi seorang eksekutif yang memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah atau tanah jajahan, pangkatnya di bawah ketua negara. Dalam persekutuan, gabenor merupakan salah satu gelaran yang sering digunakan untuk ahli politik yang mentadbir negeri. Gabenor atau dalam bahasa Inggerisnya "Governor" berasal dari perkataan "govern" yang membawa maksud memerintah.Gabenor juga boleh merujuk kepada ketua sesebuah institusi, seperti syarikat atau bank.