Gabenor_New_South_Wales
Gabenor_New_South_Wales

Gabenor_New_South_Wales

Gabenor New South Wales adalah wakil wizurai raja Australia, Ratu Elizabeth II, di negeri New South Wales . Dengan cara yang serupa bagi Gabenor-Jeneral Australia di peringkat kebangsaan, Gabenor negeri-negeri Australia melaksanakan fungsi perlembagaan dan isitiadat di peringkat negeri. Gabenor dilantik oleh ratu atas nasihat Premier New South Wales,[1] untuk tempoh masa yang tidak diketahu—yang dikenali sebagai Atas perkenan Tuanku—walaupun lima tahun adalah biasa. Gabenor terkini ialah Jeneral bersara David Hurley, yang menggantikan Dame Marie Bashir pada 2 Oktober 2014. Pejabat ini berasal dari gabenor kolonial pada abad ke-18 di New South Wales ketika bermula penempatannya pada tahun 1788, dan merupakan institusi tertua di Australia. Penjelmaan sekarang ini muncul dengan Persekutuan Australia dan Akta Perlembagaan New South Wales 1902, yang mentakrifkan pejabat wizurai sebagai gabenor yang bertindak dan dengan nasihat Majlis Eksekutif New South Wales.[2] Walau bagaimanapun, jawatan itu masih mewakili kerajaan United Kingdom sehingga, selepas berkurangnya penglibatan kerajaan British, pelulusan Akta Penyerahan Statut Westminster 1942 (lihat Statut Westminster) dan Akta Australia 1986, gabenor menjadi wakil langsung dari negara Australia.