Pemuliharaan Gajah

Status

taburan gajah
Gajah Afrika
Gajah Asia

Gajah Afrika tersenarai sebagai spesies yang terjejas oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) pada tahun 2008, sementara status dua subspesies gajah Afrika tidak dinilai secara berdikari.[26] Pada tahun 1979, terdapat lebih kurang 1.3 juta gajah di Afrika, dan batasan populasi sebesar 3.0 juta. Sementara itu, populasi pada tahun 1989 diperkirakan sebesar 609,000, dengan 277,000 di Afrika Tengah, 110,000 di Afrika Timur, 204,000 di Afrika Selatan, dan 19,000 di Afrika Barat. Diperkirakan sekitar 214,000 gajah hidup di hutan hujan, yang lebih rendah daripada yang diduga sebelumnya. Dari tahun 1977 hingga 1989, populasi gajah berkurang sebanyak 74% di Afrika Timur. Setelah tahun 1987, penurunan populasi gajah semakin cepat, dan populasi gajah di savana dari Cameroon hingga Somalia jatuh sebesar 80%. Gajah hutan Afrika mengalami penurunan sebesar 43%. Di sisi lain, tren populasi di Afrika Selatan bermacam-macam: di beberapa tempat di Zambia, Mozambique, dan Angola, jumlah populasi mengalami penurunan, sementara di Botswana dan Zimbabwe, populasi gajah bertambah, dan di Afrika Selatan populasinya stabil.[135] Namun, pemerhatian pada tahun 2005 dan 2007 menunjukkan bahawa populasi di Afrika Timur dan Selatan mengalami peningkatan sebesar 4.0% setiap tahun.[26] Akibat luasnya taburan gajah, populasi gajah Afrika masih sukar diperkirakan dan terdapat unsur teka-teki. IUCN memperkirakan terdapat sekitar 440,000 individu pada tahun 2012.[136]

Gajah Afrika memperoleh perlindungan undang-undang di negara habitatnya, tetapi 70% taburannya berada di luar kawasan terlindung. Usaha pemuliharaan yang berjaya di beberapa kawasan menghasilkan kepadatan populasi yang tinggi. Pada tahun 2008, jumlah tempatan dikawal melalui kontrasepsi atau translokasi. Penakaian (penyingkiran individu berdasarkan kriteria) berakhir pada tahun 1988 setelah Zimbabwe menghentikan praktik tersebut. Pada tahun 1989, gajah Afrika dimasukkan ke dalam Apendiks I oleh CITES, sehingga perdagangan gajah Afrika diharamkan. Status Apendiks II (yang membolehkan perdagangan terhad) diberikan kepada gajah di Botswana, Namibia, dan Zimbabwe pada tahun 1997, dan Afrika Selatan pada tahun 2000. Di beberapa negara, perburuan gajah untuk memperoleh trofi diperbolehkan; Afrika Selatan, Botswana, Gabon, Cameroon, Mozambique, Namibia, Tanzania, Zambia, dan Zimbabwe menetapkan kuota eksport CITES untuk trofi gajah.[26]

Pada tahun 2008, IUCN mendaftarkan gajah Asia sebagai spesies terancam kerana penurunan populasi sebesar 50% dalam 60–75 tahun terakhir,[137] sementara CITES memasukkannya ke dalam Apendiks I.[137] Gajah Asia pernah tersebar dari Suriah dan Irak (subspesies Elephas maximus asurus) hingga Tiongkok (hingga Sungai Kuning)[138] dan Jawa. Gajah Asia kini telah pupus di kawasan-kawasan tersebut,[137] dan taburannya ketika ini sangat terpecah.[138] Jumlah populasi gajah Asia diperkirakan sebesar 40,000–50,000, walaupun perkiraan ini merupakan perkiraan kasar. Meskipun jumlah gajah Asia secara keseluruhan mengalami penurunan (terutama di Asia Tenggara), populasi di Ghat Barat nampaknya mengalami peningkatan.[137]

Ancaman

Lihat juga: Perdagangan gading
Beberapa orang membawa gading gajah di Dar es Salaam, Tanzania, sekitar tahun 1900.

Perburuan untuk mengambil gading, daging, dan kulit merupakan salah satu ancaman terbesar bagi kemandirian gajah.[137] Dalam sejarah, beberapa peradaban membuat ornamen dan karya seni lain daripada gading gajah, dan penggunaannya menyaingi emas.[139] Perdagangan gading menjadi salah satu penyebab penurunan populasi gajah Afrika pada abad ke-20.[26] Ini mencetuskan larangan import gading yang dimulakan oleh Amerika Syarikat pada Juni 1989, yang kemudian diikuti oleh negara-negara Amerika Utara, Eropah Barat, dan Jepun.[139] Sementara itu, Kenya menghancurkan semua persediaan gadingnya.[140] CITES memberlakukan larangan perdagangan gading pada Januari 1990.[139] Setelah larangan tersebut ditetapkan, jumlah pengangguran meningkat di India dan Cina, kerana secara ekonomi industri gading merupakan industri yang penting. Di sisi lain, Jepun dan Hong Kong, yang juga merupakan sebahagian daripada industri, mampu beradaptasi dan tidak mudah terjejas.[139] Zimbabwe, Botswana, Namibia, Zambia, dan Malawi ingin melanjutkan perdagangan gading dan hal tersebut dibenarkan, tetapi hanya jika gajah tersebut mati secara alami atau merupakan hasil penakaian.[140]

Berkat larangan ini, populasi gajah di Afrika mula pulih.[139] Pada Januari 2012, ratusan gajah di Taman Negara Bouba Njida, Kamerun, dibunuh oleh penceroboh dari Chad. Peristiwa ini disebut-sebut sebagai "salah satu pembunuhan tertumpu yang terburuk" semenjak berkuatkuasanya larangan perdagangan gading.[140] Sementara itu, gajah Asia tidak terlalu terjejas terhadap perdagangan gading kerana gajah betina umumnya tidak mempunyai gading. Namun, sejumlah gajah telah dibunuh untuk diambil gadingnya di beberapa kawasan, seperti di Taman Negara Periyar di India.[137]

Ancaman lain terhadap gajah adalah kehancuran dan fragmentasi habitat.[26] Gajah Asia hidup di kawasan yang sangat padat. Kerana ia memerlukan lebih banyak kawasan berbanding haiwan darat simpatrik lain, merekalah yang pertama kali merasai impak kehadiran manusia. Bahkan dalam beberapa kasus yang ekstrem, habitat gajah terhad pada hutan kecil yang dikelilingi oleh kawasan yang dikuasai oleh manusia. Gajah tidak dapat hidup berdampingan dengan manusia di kawasan pertanian kerana besar tubuh dan kebutuhan makanan ia. Pada umumnya gajah merosak dan memakan tanaman petani, sehingga mencetuskan konflik dengan manusia, dan akibatnya ratusan gajah dan manusia telah mati. Pengurangan konflik merupakan salah satu unsur penting dalam pemuliharaan.[137] Salah satu usul yang diajukan adalah penyediaan ‘koridor urban’ yang membolehkan gajah mengakses kawasan penting.[141]

Rujukan

WikiPedia: Gajah http://www.smh.com.au/articles/2006/02/16/11400642... http://arts.anu.edu.au/grovco/Loxodonta%20cyclotis... http://www.chinadaily.com.cn/english/doc/2005-07/1... //www.amazon.com/dp/B0007J8A7E http://www.asianelephantresearch.com/about-elephan... http://www.asianelephantresearch.com/about-elephan... http://regis.cubedeglace.com/wp-content/uploads/20... http://regis.cubedeglace.com/wp-content/uploads/20... http://www.dailyrecord.com/article/20090304/UPDATE... http://www.elephants.com/media/MSNBC_2_28_05.htm