Galaksi_(TV9)

Galaksi merupakan rancangan hiburan di TV9 yang mula disiarkan pada 28 April 2006, iaitu enam hari selepas TV9 mula bersiaran. Rancangan ini bersiaran selama 30 minit pada awalnya, dan dengan perubahan format baru beberapa tahun berikutnya, rancangan ini disiarkan selama satu jam, seperti rancangan Melodi di TV3 yang mula bersiaran sejam secara kekal pada tahun 2005.Dengan pendekatan berlandaskan berita hiburan, Galaksi mengetengahkan aspek kewartawanan dalam industri hiburan yang adakalanya dipandang remeh oleh masyarakat.Galaksi meliputi berita dunia hiburan secara telus dan profesional lebih daripada sekadar mensensasikan isu-isu menarik yang menggegar dunia hiburan tanahair.Sewaktu rancangan ini mula disiarkan, motto yang digunakan ialah "Revolusi dunia hiburan dan estetik arena seni...". Pada tahun 2015, mottonya ialah "Ini bukan program sepi!!...ini GALAKSI....medan sensasi di zon kontroversi!".Rancangan Galaksi berakhir pada 25 Disember 2015.