Galau_(lagu_Siti_Nurhaliza)
Galau_(lagu_Siti_Nurhaliza)

Galau_(lagu_Siti_Nurhaliza)

"Galau" ialah lagu nyanyian Dato' Siti Nurhaliza. Lagu ini merupakan lagu asal nyanyian kumpulan dari Indonesia, Hang Wangi Band yang diberi judul Pusara Hati. Lagu ini dicipta oleh komposer Indonesia, Cacaq (Idris Batumena). Seorang wakil dari Rumpun Records (anak syarikat Universal Music Malaysia) bertemu dengannya di Jawa Timur bagi memperoleh lagu ini daripada Cacaq.Pertama kali dipersembahkan semasa konsert "Siti Nurhaliza - Live in Kuantan” pada 2012, lagu ini kemudiannya dilancarkan sebagai single digital di iTunes pada 11 Januari 2013. Muzik videonya diarahkan oleh Daryl Adrian Emuang dan dilancarkan secara rasminya di YouTube pada 14 Mei 2013.Pada 2013, lagu ini dicalonkan di Anugerah Industri Muzik ke-20 menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita).

Galau_(lagu_Siti_Nurhaliza)

Dikeluarkan pada 11 Januari 2013 (Digital)
9 November 2012 (Persembahan secara langsung)
Penerbit Cacaq
Penulis Cacaq
Format Muat turun digital
Panjang 4:48 (single)
3:24 (muzik video)
Dirakam pada Oktober 2012
Genre Pop
Syarikat Siti Nurhaliza Productions
Universal Music Malaysia

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Galau_(lagu_Siti_Nurhaliza) http://gilamuzik.com/2013/05/pelancaran-muzik-vide... http://www.sitizone.com http://www.gua.com.my/berita-artis/Galau_Siti_Nurh... http://www.gua.com.my/berita-artis/Senarai_Penuh_C... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://www.nib.com.my/archives/text/view/100272776... http://www.nib.com.my/archives/text/view/101227754... http://www.nib.com.my/archives/text/view/104273943... http://www.nib.com.my/archives/text/view/110209469...